Skip to main content

Posts

Showing posts from September 14, 2016

MENGENAL SEJARAH:MUZIUM NEGARA

Kali terakhir ,saya melawat Muzium Negara semasa sekolah rendah.Lamanya tak ke sana. Bila dah berkahwin, anak-anak pun dah bersekolah rasanya mereka perlu melawat Muzium Negara. Muzium Negara merupakan tempat menarik di Malaysia dan yang belum melawat bawalah anak-anak dan keluarga ke sana semasa musim cuti sekolah nanti. Anak-anak pasti suka dan teruja kerana banyak khazanah,artifak sejarah,cerita dan rujukan yang boleh dipelajari. Pada 4.9.2016, AB dan suami telah membawa Aina dan Anis ke Muzium Negara.Seronok mereka berdua kerana ini lah pertama kali ke sana. Apa yang menarik di Muzium Negara Muzium Negara terbahagi kepada 4 seksyen iaitu: Galeri A: Sejarah Awal Galeri B: Kerajaan-Kerajaan Melayu Galeri C:Era Colonial Galeri D: Malaysia kini Antara-antara gambar yang sempat diambil mengikut seksyen.Setiap galeri menyimpan kisah-kisah menarik. Galeri A: Sejarah Awal. Galeri yang menyimpan bukti-bukti tinggalan artifak budaya Masyarakat awal di Mal