Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

OLE-OLE SARAWAK

Terima kasih sahabat hadiahkan ole-ole dari Sarawak. Tak sabar rasanya nak makan Kuih Lapis Sarawak dan Tebaloi Mukah (Snek Asli Sarawak) perisa pandan. Mesti sedap rasanya.. Apa-apapun terima kasih Nadzirah yang masih ingat lagi dengan kakak. Moga persahabatan kita kekal selamanya.

ULANGKAJI PELAJARAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Tinggal sebulan setengah sahaja lagi Aina dan Anis akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah ujian lepas ada peningkatan dan kemajuan dari yang lepas. Cuma Anis mesti berusaha lebih,banyakkan latihan dan fahami soalan. Sabtu lepas bermulalah sesi ulangkaji dan lakukan pembetulan bagi soalan yang salah. Boleh pula jawab soalan tu.Aina pula.."Mama soalan ni senanglah.kakak tak berhati-hati lah mama.Tahu pula kelemahan dia ye. AB tak stress kan mereka berdua. Ada masa belajar dan ada masa mereka perlu bermain. Hak bermain adalah hak mereka. Jangan kita sekat naluri semula jadi ini kerana sebenarnya mereka sedang belajar dan berfikir. Terkejut juga bila terbaca status facebook budak 7 tahun disahkan gila kerana kuat belajar dan menjadi viral. Sedihnya..Mengapa sampai begitu sekali? Tak kasihan ke.. pada anak-anak. Otak mereka penat belajar di sekolah pagi dan petang dan sambung pula di rumah mengulang kaji pelajara

SELAMAT PAGI

Assalamualaikum wbt.. Bersabarlah.. Sesuatu yang baik itu selalu datang kepada mereka yang sentiasa bersabar MENUNGGUNYA..

SELAMAT HARI LAHIR ANIS

Selamat Hari Lahir Anis sayang. Dah tahun 7 tahun ye. Opah kata dah besar cucu opah. Belum lagilah opah.Kecil lagi tu. Sampai bila-bila pun Anis tetap anak kecil di mata mama. Untuk Anis, Mama dan Papa sentiasa doakan kesejahteraan anis, berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan hidup di masa akan datang. Semoga Anis sentiasa dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati. Jadilah anak yang solehah dan menyenangkan dan disayangi semua orang. Sayang dari Mama,Papa dan Kakak Aina.