Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Biskut Raya Chenachenis 2013

Cuti 3 hari sempatlah buat 3 jenis biskut.Assistant ku  Aina dan Anis rajin sama menolong dan buat sepah ye jugak.  He..He.. My favorite biscuit, mesti ada dan wajib Tat Nenas, Almond London dan biskut samperit. Huhu.. inilah biskut tat nenas. Inti tat nenas buat sendiri. Kat pasaraya sekarang ni dah ada yang jual inti  yang ready made. Lebih baik buat sendiri. Sempatlah buat 3 adunan. Biskut Tat Nenas  Biskut Almond London Biskut Samperit Kenyanglah Aina dan Anis sara makan biskut tahun ni. Penat sebenarnya buat biskut raya ni. Padanlah dengan harganya. Tapi nak puas hati buat sendiri lagi bagus. Tak pe kalau tak decorate tak cantik. Kalau beli kat luar, nampak cantik tapi bila rasa  tak sedap manapun dan kadang-kadang rasanya lebih kurang sama dengan biskut yg lain. Asal puas hati. Macam biasa last year, biskut Sendirian berhad kecuali kerepek terpaksalah beli. Semoga raye tahun ni meriah..

Salam Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan

Syukur Alhamdulillah  pejam celik pejam celik, kini kita berada di pertengahan Ramadhan. Sempena hari ini, hari Jumaat 26 Julai 2013, kita menyambut Nuzul Al-Quran. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran 1434H kepada seluruh umat Islam semua. Bersama-samalah kita menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Al- Quran iaitu  turunnya ayat A l-Qur'an  yang pertama kepada  Nabi Muhammad s.a.w.   pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di  Gua Hira '. Semoga Allah memberkati dan merahmati amalan kita setiap hari..Amin..

Despicable Me 2 ~ Hiburan untuk seisi keluarga

Greeting and Assalamualaikum semua. Dah tonton filem Despicable Me 2 tak? Walaupun filem ini adalah animasi tapi ia sesuai ditonton seisi keluarga.Ada unsur humor, kasih sayang, nilai-nilai murni dan pengajaran yang penting memang menghiburkan.  Tarraaa... inilah dia Patung kuning yang dinamakan "Minions" Cute kan. Sanggup beratur panjang depan MC Donald hanya ingin memiliki patung  for my daughter Aina dan Anis.. Aina dan Anis sempat bergambar dulu.. Apa kisah kali ni ye..Despicable Me 1 nak curi bulan. Tapi kali ni kisah Gru yang membesarkan 3 orang anaknya Margo,Edith dan Agnes dengan menghasilkan jem dan jeli selepas meninggalkan kerjaya penjenayahnya. Gru telah ditawarkan oleh organisasi rahsia bersama dengan Lucy untuk menyiasat kes kehilangan formula. Dari situ bermulalah kisah romantik antara Gru dan Lucy. Filem ini buat kami sekeluarga ketawa terbahak-bahak. Memang lucu apatah lagi dengan kehadiran watak Minios. Okaylah sampai sini s

AINA DAN BOLA JARING (PART 1)

Entry ni sepatutnya ku karang pada 1 Mei 2013 (Rabu) yang lalu. Tapi hari ni baru berpeluang nak tulis.. Aina's and friends ade perlawanan bola jaring gituw sempena Hari Potensi 2013 .. Wow budak umur 6 tahun dah pandai main bola jaring.. kelass..Tak sangka pulak boleh menang.. Aina jadi GS ..sumbat 12 gol dan kawannya Ika (GA) sumbat 4 gol.. Lawannya hanya sumbat 5 gol saje..Yang paling seronok mama n papa lah... Apa tidaknya..aku bangga sekali bila penonton cakap ''pandainya budak ni sumbat gol".. Atas usaha siapa? mestilah Cikgu Ana. Selama 2 bulan Cikgu Ana dan Kak Shikin melatih anak kecil ini bermain bola jaring. Setiap pagi Cikgu Ana akan ambil masa selama 2 jam untuk melatih mereka.Sampai hangus muka Aina dan kawannya.Tapi berbaloilah..Team Aina, first game menang 8 berbalas 3 gol.. Jaringan pertama aina.. Sebelum perlawanan, kena check kuku dulu Sesi penyampaian hadiah After perlawanan ni Aina's n Team, InsyaAllah akan bertan

Flower cantiknya

Assalamualaikum dan Selamat pagi. Biarlah hari ini menjadi hari yang ceria seceria hati yang melihat bunga-bunga yang cantik. Jom kita layanz... Cantik kan.. Kreatifnya I like you Lovely I love you Pinky Cool Relax Harmoni So yang mana pilihan anda...

SALAM RAMADHAN

Greeting and Assalamualaikum.Rasanya masih tidak terlambat saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Marilah kita mulakan bulan yang penuh keberkatan ini dengan mensucikan  hati dan membersihkan diri. Semoga kita termasuk dalam orang yang-orang yang mendapat keredhaan-Nya.

Pelukan kasih sayang

Assalamualaikum semua.. Berikan pelukan kasih sayang terhadap anak-anak kita. Dengan memeluk anak kita sebanyak: 4 kali pelukan sehari : menyumbang kestabilan emosi anak pada kadar yang minimum 8 kali pelukan sehari : menyumbang kepada emosi anak. Anak menjadi lebih baik dan berani apabila berada di khalayak ramai. 12 kali pelukan sehari : membentuk dalaman anak secara positif dan menjadikan mereka anak yang mendengar kata dan berkelakuan baik. Aina Batrisyia dan Anis Qaisara Kita akan rasa damai, tenang dan nyaman bila dapat memeluk suami dan anak . Begitulah saya hilang segala rasa tension dan stress di tempat kerja apabila dapat memeluk anak dan suami . Aina Batrisyia dan Anis Qaisara adalah permata hati saya. Keletah kalian berdua menghiburkan hati mama dan papa. Kalian berdua lahir dari perasaan kasih  sayang dan cinta mama dan papa. Kalian berdua adalah harta mama dan papa dan tidak ada gantinya di dunia yang fana ini. Doa mama dan papa semoga kalian berdua menjadi ana

8 pelukan sehari

Saya titipkan khas buat anda semua..  8 pelukan Sehari mencetuskan hormon cinta dan memberi mencipta kesan positif : ♥ komunikasi dengan pasangan lebih baik ♥merendahkan paras hormon stress ♥ meningkatkan emosi yang membuatkan anda melihat dunia dengan lebih positif ♥ mengurangkan tekanan darah dan kadar degupan jantung ♥ hubungan intim lebih lancar ♥ rasa lebih tenang ♥ menimbulkan rasa ingin terus setia kepada pasangan ♥meningkatkan sistem imun ♥hubungan lebih kuat dan mendalam ♥penyembuhan daripada trauma lebih pantas Jadi hari ni dah peluk tak suami atau isteri, anak, ibu bapa anda ?

Air Sumber Cantik Semulajadi

Tips kecantikan kali ini tentang Air sebagai sumber cantik semulajadi. 70% daripada tubuh manusia mengandungi air. Oleh itu, kesihatan amat bergantung kepada kualiti air yang masuk ke dalam tubuh. Ada tiga faedah yang bakal kita semua perolehi jika tahu memanfaatkan sumber alam ini:   Menambahkan seri wajah -Jika tubuh kita terhidrat elok di dalam, kulit akan terlihat lebih segar dan berseri.Kita disarankan minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.    Tegangkan kulit - Sejak berabad dulu, penduduk Eropah Barat sering melakukan terapi air untuk menyahtoksikan dan menegangkan kulit mereka. Prosesnya bermula dengan sesi di bilik stim untuk membuka pori-pori. kemudian mereka berendam di dalam kolam sejuk untuk memberi kejutan pada kulit. Mari kita cuba rendamkan tuala wajah ke dalam air hangat. Tekapkan tuala tersebut ke wajah beberapa minit. kemudian, cuci wajah dengan air suam. Seterusnya, percikkan air ais pada wajah kira-kira 15 minit. Pasti sangat berkesan untuk mene