Skip to main content

Posts

Showing posts from April 7, 2014

AINA 3 HARI DI WAD

Assalamualaikum semua... 3 hari tak menjenguk blog, 3 hari tak membalas kunjungan dan blogwalking dan 3 hari jugalah aina dimasukkan wad di hospital serdang bermula jumaat yang lepas.  Aina dimasukkan ke wad kanak-kanak petang jumaat lepas selepas 3 hari demamnya tak surut.Selepas mengambil darah dan pemeriksaan x-ray didapati aina mendapat penyakit tonsillopharyngitis  malah lidahnya juga terdapat ulser.  Mama mana tak sedih bila aina mengadu lidahnya sakit dan dia tak ada selera sangat nak makan. Nak menelan pun susah.Makan bubur yang dibuat oleh pihak hospital pun tak nak. Cepat-cepat papanya membeli aiskrim berperisa vanila, takut nanti perut aina kosong. Kesian  sangat tengok aina terpaksa dimasukkan air ke dalam badannya.Suhu badannya tidak menentu.Sekejap tinggi dan normal. Dua hari aina disuntik antibiotik untuk membunuh kuman di dalam badannya. Air kencing diukur dan air putih yang diminum juga diukur.Ya Allah, ujian untuk kami sekeluarga. Hari ahad lepas,