Posts

Showing posts from March 22, 2014

Selawat Perdana Satu Fenomena..

Image
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Selawat Perdana yang diadakan di Putrajaya malam semalam berjalan dengan lancar. Walaupun kami sekeluarga tidak berkesempatan hadir memeriahkan Malam Cinta Allah dan Rasul, tapi dapat menyaksikan secara langsung di TV Alhijrah selama 2 jam.
Terasa syahdu tatkala mendengar alunan ayat-ayat memuji Allah dan Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW. Di tambah lagi dengan bacaan doa yang menyentuh hati dari Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf  agar dipertemukan kembali pesawat MH370 dan tazkirah dari Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Semoga majlis ilmu seperti ini diteruskan dan dikekalkan di bumi Malaysia tercinta..Kita tidak perlu lagi konsert yang melalaikan dan program Malam Cinta Allah dan Rasul mampu mendapat sambutan yang hebat.
Tahniah pada yang hadir dan Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya berjaya menjadikan perhimpunan selawat terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini.Semoga kita diberi kurniaan oleh Allah SWT agar lebih…