Selawat Perdana Satu Fenomena..

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Selawat Perdana yang diadakan di Putrajaya malam semalam berjalan dengan lancar. Walaupun kami sekeluarga tidak berkesempatan hadir memeriahkan Malam Cinta Allah dan Rasul, tapi dapat menyaksikan secara langsung di TV Alhijrah selama 2 jam.

Terasa syahdu tatkala mendengar alunan ayat-ayat memuji Allah dan Nabi junjungan Nabi Muhammad SAW. Di tambah lagi dengan bacaan doa yang menyentuh hati dari Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf  agar dipertemukan kembali pesawat MH370 dan tazkirah dari Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Semoga majlis ilmu seperti ini diteruskan dan dikekalkan di bumi Malaysia tercinta..Kita tidak perlu lagi konsert yang melalaikan dan program Malam Cinta Allah dan Rasul mampu mendapat sambutan yang hebat.
muslimin dan muslimat meraikan #selawatperdana
Tahniah pada yang hadir dan Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya berjaya menjadikan perhimpunan selawat terbesar yang pernah dianjurkan di negara ini.Semoga kita diberi kurniaan oleh Allah SWT agar lebih mencintai Rasulullah SAW.


Malam Cinta Allah dan Rasul akan diadakan di Padang IKBN Pagoh Johor 
(22 Mac 2014-9.00 mlm) dan 29 Mac 2014 di Alor Setar.








Comments

  1. tenang sangat mendengar alunan suara mereka berselawat.. tak dapat pergi juga malam tadi.. tengok di tv sahaja.. semoga ianya dapat diteruskan pada masa akan datang..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. dapat sambutan ramai..

    ReplyDelete
  3. Program seperti ini yang sepatutnya selalu dianjurkan, bukan seperti konsert yg terbukti mendatangkan kerosakan dan bencana sehingga ada yang mati.
    Tahniah penganjur! Kalau boleh diperluaskan keseluruh negara.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK