Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum..

Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan.

Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan.

Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun.

Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah.

Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat.

Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..








Comments

  1. nice sharing...and happy bday kak!semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.. :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, mendapat ilmu baru.. tq kak.. sy nk baca utk adik saya.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK