Assalamualaikum..semoga anda semua ceria dan manfaatkan hari minggu bersama orang yang tersayang.. Pernah tak kita terfikir kalau dulu hanya 3 barang sahaja yang akan dibawa ketika keluar.Antaranya dompet, kunci rumah,kunci kereta ataupun tas tangan.Zaman sudah pun berubah,kini telefon bimbit telah ditambah di dalam senarai tersebut dan menjadi satu keperluan dan amat penting di waktu kecemasan. Gangguan Emosi Sama ada benar atau tidak, penggunaan telefon bimbit seperti telefon pintar telah mengakibatkan gangguan emosi seperti keresahan dan tidak boleh dipisahkan.Ke mana-mana sahaja pasti dengan telefon pintar.Tidak hairanlah sekarang di mana sahaja anda berada, di restoren, sambil menunggu seseorang, di dalam train pasti kita akan melihat sekumpulan manusia yang asyik bermain dengan telefon pintar tanpa menghiraukan orang sekeliling. Baru-baru ini kita telah dikejutkan apabila seorang remaja bertindak diluar batas manusia telah bertindak kejam menikam dan mengelar ib...