Skip to main content

Ketagihan Telefon Pintar

Assalamualaikum..semoga anda semua ceria dan manfaatkan hari minggu bersama orang yang tersayang..

Pernah tak kita terfikir kalau dulu hanya 3 barang sahaja yang akan dibawa ketika keluar.Antaranya dompet, kunci rumah,kunci kereta ataupun tas tangan.Zaman sudah pun berubah,kini telefon bimbit  telah ditambah di dalam senarai tersebut dan menjadi satu keperluan dan amat penting di waktu kecemasan.

Gangguan Emosi
Sama ada benar atau tidak, penggunaan telefon bimbit seperti telefon pintar telah mengakibatkan gangguan emosi seperti keresahan dan tidak boleh dipisahkan.Ke mana-mana sahaja pasti dengan telefon pintar.Tidak hairanlah sekarang di mana sahaja anda berada, di restoren, sambil menunggu seseorang, di dalam train pasti kita akan melihat sekumpulan manusia yang asyik bermain dengan telefon pintar tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Smart Phone

Baru-baru ini kita telah dikejutkan apabila seorang remaja bertindak diluar batas manusia telah bertindak kejam menikam dan mengelar ibunya sampai mati kerana enggan membelikannya telefon pintar yang diminta. Itulah penangan telefon pintar kepada manusia.

Ketagihan
Seperti satu ketagihan, hari ini ramai di antara kita yang sentiasa mengemas kini status mereka di aplikasi sosial seperti facebook, instragram,whatsaApp,Wechat dan sebagainya. Sentiasa rasa perlu check in di mana sahaja dia berada dan aktiviti yang dilakukan seharian.

Selain itu, kegilaan mengambil gambar sendiri melalui telefon pintar yang menjadi sangat popular sepanjang tahun 2013 dan kini sehinggakan telah melahirkan Generasi Selfie. Ditambah sekarang, terdapat satu peralatan yang dipanggil monopod lagi menyenangkan pengguna untuk merakam gambar sendiri.

Kajian daripada Harvard Business School mendapati bahawa, 70% daripada responden mengakui akan memeriksa telefon pintar selepas bangun daripada tidur,56% akan memeriksa telefon pintar 30 minit sebelum masuk tidur,48% memeriksa untuk urusan kerja walaupun pada hujung minggu dan hari pelepasan am,51% mengakui memeriksa untuk urusan kerja walaupun bercuti dan 44% mengakui mengalami keresahan dan tidak keruan apabila telefon mereka hilang dan tidak diganti dengan cepat.

Daripada kajian di atas, adakah kita tergolong di dalam golongan tersebut?Kalau ya, sesuatu perlu dilakukan untuk menghadkan diri kita dalam penggunaan telefon pintar. Seperti hadkan penggunaan aplikasi telefon (facebook,whatsApp,Instagram..) mengikut waktu tertentu iaitu pada waktu makan dan rehat,hari cuti, dan setiap kali mengecas telefon.

Sekiranya  kita berada di bilik mesyuarat dan kuliah, kita boleh gunakan profile senyap agar tidak menganggu kosentrasi kita.

Kemudahan Telefon Pintar
Tidak dinafikan, telefon pintar juga ada baiknya.Antaranya mudah menghantar emel,berkongsi maklumat terkini,mencari arah sesuatu tempat (GPS),mudah mencapai maklumat (Google,Dropbox,Cloud..),mudah mengambil gambar dan video dan dikonggsi bersama family dan teman dan memudahhkan kita berkomunikasi serta bberkongsi maklumat.

Akhir sekali, Jangan jadikan telefon pintar ini sebagai nyawa kita.Jadikan telefon pintar sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada yang Maha Esa dan bukan melalaikan.

Semoga informasi ini amat berguna kepada pembaca semua..

Selamat berhujung minggu dan senyum-senyum selalu..:) :)








Comments

  1. Salam Sabtu AB..setuju sangat..itulah realiti sekrang. Handphoe bagaikan "nyawa". Tak dapat dipisahkan...tanpa sedar ia melalaikan kita kan..

    ReplyDelete
  2. kena pantau selalu kalau nak bagi anak guna,..tak leh biar

    ReplyDelete
  3. Syukur kerana tidaklah punya telefon pintar tapi telefon yg ada sekarang ni pun penting dibawa kemana2 sahaja kerana sebagai jam dan penting diwaktu kecemasan.

    ReplyDelete
  4. sekarang bukan setakat smart phone tapi tambah lagi dgn tablet ... dulu masa x de smartphone , kita masih blh buat kerja dan bersosial tapi dgn cara yg lebih relaks .

    ReplyDelete
  5. eiqa kadang2x leka pegang nfon jugak kak dalam lrt, hehee
    lepas tu trsedar..
    okay, handphone kau dduk diam2x dalam handbag nie..

    ReplyDelete
  6. nasib mama tak ketagih sangat gadjet ni...

    ReplyDelete
  7. mmg bahaya bila dah smpai tahap ketagih ni..

    ReplyDelete
  8. utk aku, xde la sampai tahap ketagih lg. selfie pun jarang.

    ReplyDelete
  9. ada jugak ea sampai ketagih..telephone pintar ni mmg ada kelebihan dan kekurangan..

    ReplyDelete
  10. Jangan sampai ke tahap ketagih... cukuplah sekadar untuk keperluan yang memang penting sj... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet