Assalamualaikum dan salam sejahtera, Beli buku setiap bulan? Ada orang kata rugi beli buku ni.Tak ada faedahnya.Bukan boleh kaya pun. Itu pendapat orang lain.Bagi aku setiap bulan aku akan menghabiskan minimum sebanyak RM50.00 untuk membeli buku. Sekurang-kurangnya kita tahu ke mana duit gaji kita disalurkan. Itu pendapat aku.Setiap orang ada pendapatnya sendiri. Hari ini aina minta aku belikan buku komik untuknya. Dah lama sangat dia minta. Disebabkan final exam dah selesai,oleh itu hari ini dapatlah buku komik yang diidam-idamnya.Selepas aku pun puas hati ayat dan bahasa komik tersebut adalah ayat standard Bahasa Melayu dan sesuai dibaca olehnya. Tunjuk contoh minat membaca Memang susah sebenarnya untuk kita sebagai ibubapa untuk memupuk minat membaca dikalangan anak kita.Kalau tak bermula dari kita siapa lagi. Didikan bermula dari kita juga. Sebelum kita suruh anak kita membaca, kita mesti tunjuk contoh yang kita juga minat membaca. Mungkin disebabkan aku juga...