Suka baca buku tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Beli buku setiap bulan? Ada orang kata rugi beli buku ni.Tak ada faedahnya.Bukan boleh kaya pun. Itu pendapat orang lain.Bagi aku setiap bulan aku akan menghabiskan minimum sebanyak RM50.00 untuk membeli buku. Sekurang-kurangnya kita tahu ke mana duit gaji kita disalurkan. Itu pendapat aku.Setiap orang ada pendapatnya sendiri. 

baca buku

Hari ini aina minta aku belikan buku komik untuknya. Dah lama sangat dia minta. Disebabkan final exam dah selesai,oleh itu hari ini dapatlah buku komik yang diidam-idamnya.Selepas aku pun puas hati ayat dan bahasa komik tersebut adalah ayat standard Bahasa Melayu dan sesuai dibaca olehnya.


Tunjuk contoh minat membaca
Memang susah sebenarnya untuk kita sebagai ibubapa untuk memupuk minat membaca dikalangan anak kita.Kalau tak bermula dari kita siapa lagi. Didikan bermula dari kita juga. Sebelum kita suruh anak kita membaca, kita mesti tunjuk contoh yang kita juga minat membaca. Mungkin disebabkan aku juga memang minat membaca dari kecil lagi. Aku memang suka meminjam buku. Ingat lagi semasa kecil, aku dan kawan-kawan akan meminjam buku di perpustakaan bergerak yang akan datang di sekolah-sekolah.Kenangan sungguh.

Hadkan waktu menonton TV atau main game

Zaman sekarang memang zaman gajet dan internet. Apa sahaja boleh kita access atau capai dengan mudah. Hadkan waktu menonton dan main game anak-anak. Anak mesti belajar disiplin dan menghargai masa. Itu yang saya praktikkan kepada aina dan anis. Ada masa kita menonton, membaca dan bermain bersama-sama.

Hadiahkan buku
Aku suka membawa aina dan anis ke kedai buku. Di kedai buku aku  akan minta mereka ambil buku yang disukainya. Tak perlu buku yang mahal-mahal, janji sesuai dibaca.

Rak buku khas

Sediakan ruang khas ataupun rak buku untuk anak. Di ruang khas ini aku akan susun novel-novel yang dah dibaca dan buku anak-anak. Dari situ mereka akan menghargai buku-buku yang kita beli.

Ini adalah salah satu cara yang aku praktikkan untuk mereka berdua agar minat membaca. Mungkin uolls ada tips lain untuk memupuk minat membaca dikalangan anak uolls.. .


Selamat membaca semua.


Comments

  1. Buku boleh buat kita kaya... kaya ilmu yg baik bukan shj utk dunia malah akhirat juga... aamiin. Salam ceria hari minggu AB.. :)

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan akak...membaca tu investment yang bagus..sokong 200%!kalau ada anak sendiri memang nak praktikkan

    ReplyDelete
  3. my anak buah juga suka beli buku n my kakak layan saja kehendak mereka . cuma mrk x tahu sayang buku . klu kumpul , mmg dah blh buat mini library kat umah ...

    ReplyDelete
  4. Kita memang ada peruntukan untuk beli buku every month..Memang berbaloi coz ilmu bertambahkan..

    ReplyDelete
  5. terbaik, orang yg berilmu datang dari orang yang paling banyak membaca.

    ReplyDelete
  6. Ana suka sangat membaca. Lagi2 baca kisah2 dongeng. Hahaha.

    ReplyDelete
  7. Setuju tentang minat membaca tu perlu bermula dari ibu bapa sejak dari kecil. Anak saya yang baru 3 tahun tu pun dah suka belek-belek buku sebab mengikut kami suami isteri yang suka membaca. Padahal baru nak kenal ABC tu. Hahaha

    ReplyDelete
  8. sebulan rm50? bagus idea akak tu. nanti kalau saya dah kerja nak buat camtu jugak lah. teringin nak ada bookshelf sendiri :)

    ReplyDelete
  9. sy jarang membeli tp sy pastikan setiap hari sy mesti membaca...at least newspaper

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK