Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Mood

BILA SEJUK ...FIKIR PUN TAK BOLEH

Selamat petang semua..Sejuknya office ni. Dah seminggu aircond di office ni sejuk sejak pihak pengurusan bangunan service aircond.Dah lah sekarang bulan puasa.Tak tahan rasanya.Sejuk tahap beku sampai ke tulang rasanya. Sehinggakan terpaksa pakai jaket tebal,stoking tebal dan glove untuk kurangkan sejuk.  Bila dah sejuk nak buat kerja pun malas.. nak berfikir pun tak boleh.Tension pun ada.Kalau bukan bulan puasa rasanya dah  buat air kopi panas ke..teh o panas ke..nescafe panas.. Bersabarlah ye..Nak buat macam mana.Air cond office ni centralized. Walau dah buat aduan masih lagi sejuk... Sekian..

RINDUNYA DENGAN KAMU

Rindunya blog sendiri.... Rasa kekok pula nak menulis. Padahal ada cerita nak dikongsikan. Rasa nak marah diri sendiri sebab biarkanlah blog ini terabai dan tak mampu untuk update blog ini macam dulu. Sejak beberapa bulan yang lalu AB dah tak konsisten menulis.Ada dalam bulan tu memang tak menulis langsung.Tak ada entri langsung. Hinggakan En. Suami perasan..Tak update blog ke? Hmm..Tak tahulah kenapa.Apa dah jadi? Tak ada story nak dikongsikan..Eh..ada..banyak nak dikongsikan di sini. Tak ada mood ye juga. Bila Tak ada mood nak berjalan- jalan ke blog kawan-kawan pun malas. Pointnya di sini..Penyakit M dah melanda. Sebenarnya banyak nak dikongsikan di sini.InsyaAllah AB akan konsisten menulis dan update blog ini. Anggaplah ini sebagai mukadimah entri setelah lama menyepi.. Sekian..

GERAMNYA

Salam semua.. Minggu luahan rasa.. Memang amat mengecewakan apa yang kita harapkan tidak menepati cita rasa kita.Tak tahulah nak kata apa. Geram dan sakit hati lagi. Macam ni ke tukang jahit ni jahit baju pelanggannya. Padanlah ambil murah. Murah sangat. Tapi hasilnya. Oh tidak!! Nak dibaiki pun tak boleh lagi. Baju kurung moden ni ngam-ngam bila disarung ke badan. Bila check basi kain yang ditinggalkan ?Alamak..camne. memang tak boleh di besarkan lagi. Apa boleh buat. Redha je..Tapi dah serik hantar untuk kali ke dua. Terpaksa lah beli kain lain dan tempah dengan tukang jahit mahal. Janji puas hati dan sedap di pakai.

Cepatlah..Tik tok tik tok

Cepatlah masa berlalu. Tik tok tik tok..menghitung detik demi detik. Tak sabar nak pulang. Lambaian Home Sweet Home memanggil ku.. Berkerja 7 hari seminggu, memang memenatkan.Fuhh.... Tapi tak pe..Isnin dan Selasa cuti rehat...Leganya ditambah lagi Rabu ini 16 September cuti umum sempena Hari Malaysia. Yess..3 hari..Tapi dalam minda ni banyak kerja rumah nak dibuat dalam masa 3 hari. Pesanan ringkas.Jerebu makin teruk.Pastikan minum air banyak dan kurangkan aktiviti di luar rumah.

Semangat yang pudar

Assalamualaikum semua.. Hari ke hari semangat berblog semakin merundum. Bila mood merundum rasa nak tutup blog ni pun ada juga. Kesian blog  pula dipersalahkan.Memang tak patut. Kalau dulu ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan. Bila virus M telah menguasai diri, hilang semangat untuk menulis dan menerbitkan entri sehinggakan nak buka laptop pun malas.  Kepada semua pembaca setia, mohon maaf atas kekhilafan ini andai tidak menjenguk anda kembali. Moga diberi semangat yang membara seperti dulu. p/s: sedang membina semula semangat berblog.

Off Day : Tak suka diganggu

AB memang tidak suka diganggu oleh panggilan telefon dari pejabat ataupun dari rakan sekerja bertanyakan hal-hal kerja semasa waktu cuti,hari minggu dan off day. Bagi AB hari tersebut memang dikhaskan untuk berehat. Kredit : google Sebelum bercuti walaupun sehari AB akan pastikan siapkan kerja dan handover kerja kepada rakan sekerja.  Jika hendak difikirkan pasal kerja tak kan habis. Sentiasa ada kerja yang menanti di pejabat.  Oleh itu hormatilah privacy orang lain . Segala pertanyaan berkenaan hal kerja akan dilayan semasa waktu pejabat sahaja. Inilah masanya untuk kita berehat, menenangkan fikiran dan melupakan hal-hal tugas setelah seharian di pejabat.

Geram:Sekejapnya Puteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kecewa sungguh anis dan aina bila Puteri   yang  dinanti-nantikan  sejak last week tak sampai 5 minit. Baru nak tarik bantal ehh dah habis. Dah habis ke mama? tanya anis Emmm dah habis lah sayang.. Aina pula: kenapa sekejap sangat. Sedih pula tengok anis menangis nak sangat tengok Puteri. Tak patut rasanya rancangan Puteri  yang dinantikan  oleh anak-anak hanya sekejap saje. Memang kerja-kerja menyiapkan animasi ini mengambil masa yang lama. Tetapi kalau tak bersedia dan belum  siap sepenuhnya janganlah dihebohkan. Kesian anak-anak.. Mood memang geram. Kredit pic: google