Posts

Showing posts from January 7, 2015

Jom bermain badminton

Image
Rasanya lama juga, en.abang survey harga raket badminton. Dari The Summit Mall USJ, Bangi dan sampailah ke Puchong.Mulanya nak beli jenama Fleet.Ada promosi.Beli 1 percuma 1. Harga RM159.00.Then,singgah di kedai Puchong.Lagi murah RM80.00 dapat 2 raket badminton.Apalagi haruslah dibeli.Puas hati jugalah. Ori ke tak ori..faham-faham je lah ye.


Ni gara-gara nak kuruskan badan lah. Misi AB tahun ini nak turunkan berat badan dan kekalkan berat badan ideal. Kawan pernah berkata pada AB.."Kalau ko gemuk AB, aku ni kategori apa?.AB: Kategori montellah ko.Hahaha..

Mulanya surveylah pusat gym di area kawasan perumahan AB. Ok juga price nya. Sekali masuk RM5.00 perempuan dan RM6.00 lelaki. Bulanan RM50.00 perempuan dan RM60.00 lelaki. Pendaftaran RM120.00. Murah juga kan..

Tapi bila fikirkan balik, rasanya nak mulakan semula main badminton. Sukan yang dah lama kami berdua tinggalkan.

Tu yang beria-ia minta en.abang belikan raket. Lagipun aina dah pandai main badminton. Anis ada gaya juga pukul…