Jom bermain badminton

Rasanya lama juga, en.abang survey harga raket badminton. Dari The Summit Mall USJ, Bangi dan sampailah ke Puchong.Mulanya nak beli jenama Fleet.Ada promosi.Beli 1 percuma 1. Harga RM159.00.Then,singgah di kedai Puchong.Lagi murah RM80.00 dapat 2 raket badminton.Apalagi haruslah dibeli.Puas hati jugalah. Ori ke tak ori..faham-faham je lah ye.

Sukan badminton

Ni gara-gara nak kuruskan badan lah. Misi AB tahun ini nak turunkan berat badan dan kekalkan berat badan ideal. Kawan pernah berkata pada AB.."Kalau ko gemuk AB, aku ni kategori apa?.AB: Kategori montellah ko.Hahaha..


Mulanya surveylah pusat gym di area kawasan perumahan AB. Ok juga price nya. Sekali masuk RM5.00 perempuan dan RM6.00 lelaki. Bulanan RM50.00 perempuan dan RM60.00 lelaki. Pendaftaran RM120.00. Murah juga kan..

Tapi bila fikirkan balik, rasanya nak mulakan semula main badminton. Sukan yang dah lama kami berdua tinggalkan.


Tu yang beria-ia minta en.abang belikan raket. Lagipun aina dah pandai main badminton. Anis ada gaya juga pukul shuttlecock. Kalau diorang berdua ni bermain, kecoh dengar suara Aina ajar adiknya cara bermain badminton.Dah bosan sangat, Aina mulalah, ajak AB lawan dengannya. 


Siapa yang menang? Dah tentulah mamanya (tak nak mengalah dengan anak..hehehe).


So..jom kita mulakan misi nak kuruskan badan.Di mana ada kemahuan..Di situ ada jalan.

Comments

  1. kalau mamanya kalah...trn laa saham ye dok? ;-)

    ReplyDelete
  2. wah ! semoga misi berjaya ! cn cuma kembali beryoga..duk kat umah jer..hehe

    ReplyDelete
  3. Wahh.. seronok ni. Tahun ni belum main badminton lagi ni.. :D

    ReplyDelete
  4. Saya tak pandai main badminton :')
    Tengok tv org main badminton kira senam mata tak? Hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK