Posts

Showing posts from 2017

HADIAH DARI SHARIFAH

Image
Alhamdulilllah rezeki di pagi Jumaat. Terima hadiah dari seorang sahabat atas perpisahanku. Mood happy dan ceria di pagi hari. Senyum pun dah sampai ke telinga.

Terima kasih banyak-banyak Sharifah. Moga Sharifah sentiasa di murahkan rezeki, dirahmati dan bahagia di samping keluarga. Sentiasa ingat kak Nur ye.


Tudung Ariani..
Best kan dapat hadiah. Tetapi sebenarnya bukannya mengharapkan hadiah dan pemberian dari seorang sahabat. Sekadar sahabat yang memahami, ikhlas, baik hati dan membawa ke arah kebaikan.

LAUK BERBUKA PUASA

Image
Salam Ramadhan 5..

Setelah sekian lama blog chenachenis 2 bulan bersawang, so barulah timbul kerajinan yang membuak-buak untuk update blog. Itu pun lihat lah tahap kerajinannya.

Hari ini dah masuk Ramadhan 5. Ada yang sudah masak untuk berbuka hari ini. Bagi yang berkerja mesti pening nak fikir menu hari ini.

Alhamdulillah rezeki akak dan family seperti biasa dari Ramadhan 1, 2 dan 4 kami berbuka puasa di rumah mak dan abah. Seronok dan nikmat bila kita dapat berbuka bersama orang tua.

Day 1

Ini lauk-pauk berbuka  Ramadhan 1

Menu akak Ramadhan 1, Ikan Cencaru Sumbat inti kelapa. Lauk-pauk yang lain seperti gulai pucuk paku,sambal ikan tamban dan ikan selar, kakak sulung yang masak.
Masa nak memilih ikan cencaru ternampaklah kerang bersaiz besar. Tanyalah harganya sekilo berapa. Harga kerang sekilo RM11.00. Perghh.. mahalnya..tak jadilah beli. So belilah ikan cencaru 10 ekor. Itupun tak masak semua. Masak dalam 7 ekor untuk makan 10 orang.
Planning nak masak kuih melaka untuk di bawa ke…

4 tahun tak jumpa..Akhirnya

Image
Salam Ramadhan 5.

Alhamdulillah syukur..Terima kasih Allah. Temukan orang yang ikhlas dan berniat baik dengan ku. Ya..bila kita sentiasa baik hati dan berhati ikhlas kepada sesiapa sahaja pasti Allah akan temui juga orang yang baik hati dan ikhlas juga kepada kita.

4 tahun tidak bertemu dengan kawan yang pernah menjadi rakan kerja di tempat yang sama dan pada 26 Mei 2017, Jumaat kami bertemu di Black Canyon. Banyak yang kami bualkan. Walaupun singkat tapi sungguh bermakna bagiku.

Terima kasih Siti atas nasihat dan aura positifmu. Walaupun kita dah lama sangat tak berjumpa hanya melalui sosial media dan telefon namun keakraban kita tetap terjalin.

Terima kasih mendoakan kebahagian dan kejayaan Kak Nur di masa hadapan. begitu juga moga Siti terus cemerlang dalam kerjaya, murah rezeki dan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah.






Ikhlas dari Kak Nur






MINGGU TERAKHIR KU DI SINI

Satu keputusan yang bukan mudah untuk aku buat. Akhirnya pada 10 April 2017 jam 11.00 pagi aku telah menyerahkan surat perletakan jawatan  kepada pengurusan.

Alhamdulillah..Perasaan? Sudah tentulah gembira, lega dan nak melompat bintang. Rezeki aku sampai di sini sahaja setelah 10 tahun. Opps.. bukan 10 tahun  tau, 16 tahun. 6 tahun di tempat kerja yang lain.

Perancangan Allah itu cantik. Minggu ini adalah minggu terakhir dan minggu pertama di bulan puasa. Oleh itu bermula 6.6.2017 aku telah bertukar kerjaya kepada Housewife sebelum aku memulakan perancangan lain. Apa dia tunggu!!!

InsyaAllah bila kita yakin dan bergantung sepenuhnya kepada Allah, pasti ada rezeki untuk kita.


AKTIVITI FLYING FOX DAN MEMANAH

Image
Assalamualaikum bertemu lagi kita.. Selain dari Water Park dan Safari Park, BGRC juga menyediakan aktiviti rekreasi di Active Academy yang terletak berhadapan dengan penginapan. Oleh itu bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak seperti Flying Fox, Memanah,Paintball Target Shooting, ATV Ride dan pelbagai lagi aktiviti lasak bolehlah ke sana. Bayaran pun sangat berpatutan.
Kami telah memilih aktiviti seperti Flying Fox dan Memanah (Archery).Tak sangka pula Aina Dan Anis berani melakukan aktiviti Fying Fox. Wah hebatlah Aina dan Anis. Tak takut langsung dengan ketinggian.
Mengikut penerangan pekerja di Active Academy ketinggian adalah 25 kaki dan sepanjang 163 meter. Tinggi tu. Siapa yang gayat tak perlulah melakukan aktiviti Flying Fox ni. 
Aina memang berani. Dia yang mendahului mama dan papa melakukan aktiviti flying fox diikuti Kak AB, Anis dan Papa Chenanis. Sebelum itu rasa tak yakin dengan Anis kerana Anis seorang yang penakut. Tapi Papa Chenachenis dapat menyakinkan Anis yang Ani…

MAKAN MALAM DI SIMBA GOURMET HALL

Image
Kita sambung cerita di percutian di Bukit Gambang Resort City (BGRC). Tarikan utama di sini, kita berpeluang untuk menikmati makan malam di Simba Gourmet Hall dan adalah lokasi pertama di temani Singa Putih. Hebat kan.Kami dinner di situ. 
Semasa kami sampai di sana jam 6.30pm,pelanggan tidak ramai jadi kami dapat meja di tepi tingkap. Sambil menjamu selera nanti bolehlah tengok Singa Putih. Tapi Singa Putih sedang berehat dan tidak menonjolkan dirinnya serta cuaca semakin gelap.
Menu pesanan kami:
Fresh Apple Juice (1) Ice lemon Tea (1) Safari Combo (1) Fried Kway Teow (1) Chicken Chop (1) Hyeana Favourite (1) Water Lemon Juice (2) Simba Fried Rice (1)
Jumlah : RM160.80.
Makanan di Simba Hall memang sedap. Puas hati lah makan di situ. Lagipun harga pun berpatutan.

Menu kesukaan Anis Chicken Chop..Alahai anak

Ini pun kesukaan Aina (Hyeanna Favourite)


Simba Hall Gourmet. Besar dan luas. Kak AB suka dengan decoration Hall ini menarik dan kemas.
Kita jumpa lagi di next entry...




PERCUTIAN CHENACHENIS DI BUKIT GAMBANG RESORT (PART 1)

Image
Assalamualaikum..Seperti yang dijanjikan ini hari ke dua kami berada di Gambang Resort City. Kami telah pun merancang pagi itu akan ke Water Park dan sebelah petang dan malam akan ke Safari Park.Bukit Gambang Water ParkAda 3 tempat Water Park di sana iaitu Coco Beach,Penguin Island and Tree Top Hills Slides. Kami berada di sana selama 3 jam sahaja sebab sebelah petang akan ke Safari Park pula.Antara gambar yang diambil:


Setelah penat Mandi dan berendam, makan dan balik ke bilik penginapan, sebelah petang kami ke Safari Park.
Safari Park
Wild Savannah
Perjalanan kami bermula di Wild Savannah yang berkeluasan 138 ekar.Kami telah menaiki tram yang berhawa dingin selama 30 minit dan tidak dibenarkan membuka tingkap untuk keselamatan. Antara binatang yang ada di Wild Savannah ialah Singa Putih,Badak Air,Burung Kasawari,Dubok Dan lain-lain.
Singa Simba dan Mina. Abang long dan kakak kawasan.Tak hairan pun tengok manusia,tidur lagi best Dah lah muka burok,malas cari Makanan,pencuri Makanan,sesuai n…

PERCUTIAN CHENACHENIS DI BUKIT GAMBANG RESORT

Image
Alhamdulillah kami sekeluarga diberi kesempatan oleh Allah bercuti selama 3hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City pada hari Jumaat minggu lepas. Sepatutnya ini percutian kali ketiga tetapi pada tahun lepas kami terpaksa batalkan percutian ini kerana Aina mengalami demam panas dan bapa mertua telah kembali kerahmatullah pada minggu itu.Syukur sangat tahun ini ada rezeki untuk mereka berdua. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan lancar dan selamat. Sampai sahaja di sana terus check in dan ambil segala tiket dan voucher yang telah disediakan untuk pakej 3D2N.Ini dia tiket dan voucher untuk pakej 3D2N.
* 3D2N bermalam di Family Suite,Arabian Bay Resort *Buffet breakfast untuk 4 orang di ABR Coffee House untuk 2 pagi breakfast  *Dinner untuk satu hari untuk 4 orang di Simba Hill Gourmet Hall  *Tiket Water Park - 4 orang *Tiket Safari Park-4 orang *Active Academy(AA) games untuk 4 orang (Archery,Target shooting and flying fox
Memang dah faham sangat kalau bercuti aktiviti pertama adalah mandi …

CHENACHENIS JALAN-JALAN BUKIT FRASER

Image
Assalamualaikum..Ini cerita masa cuti Thaipusam baru-baru ini. Kakak dan family telah ke Bukit Fraser. Sejuknya,nyaman dan dingin.Kami Tak bermalam di sana.Hanya balik hari.Lagipun esoknya kami nak ke Gambang Resort City. Masa akak tulis entry ni, akak dan family dan pun sampai di Gambang.Berbalik pada cerita Bukit Fraser ni, cuaca pada hari itu mencecah 21 darjah celcius.Sejuk tau. Rasa tak puas pula di sana.Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 1/2 sahaja melalui jalan Kuala Kubu Bharu. Maklumlah jalan tu berliku dan banyak selekoh.Siapa tak tahan mesti muntah. Macam Anis, sampai je Bukit Fraser..Papa..papa anis tak tahan nak muntah ni,kataya.Bila dah sampai  di sana apa lagi haruslah bergambar ye.Kalau tak rugi.Pemandangan memang cantik dan yang penting kami dah pun jejak ke Bukit Fraser. Tunggu turn ambil picture di Mercu Menara jam.
Bunga ni cantik mama kata Aina.. Cantik lagi anak-anak mama ni.
Pemandangan di Menara jam..Bagaimana nak ambil gambar ni?Tunggu mereka beredar dululah..
T…

CELEBRATE BIRTHDAY ABAH

Assalamualaikum...
31 January 2017 genap umur abah 76 tahun. Alhamdulillah Allah kurniakan abah kesihatan yang baik sihat walafiat..
Sempena umur abah yang ke 76 tahun, akak sekeluarga dengan berbesar hati membawa mak,abah dan along belanja makan-makan. Kiranya makan-makan day lah ye.
Dari breakfast ke Restoren Ghani Tanjung Malim, pekena roti canai and mee rebus yang sedap hinggalah lunch di Nasi Arab Syam. 
Sebelum lunch akak shopping baju pengakap untuk Aina dulu. Memang dah berjanji dengannya nak beli baju pengakap semalam.
Tapi Anis ambil kesempatan, nak kasut sekolah sarung juga. Anis ohh Anis..Akak layankan aje. Berhabis jugalah dalam RM150.00. Itupun ada yang belum beli lagi tudung untuk Aina. Puas semua kedai baju dan tudung mencari tudung bawal berwarna kelabu. Warna kelabu habis tiada stok. Kata tuan kedai.
Patutnya orderlah banyak. Kesian Aina. Takpe Aina, nanti mama belikan.
Puas pusing tanya tuan kedai, perut pun berbunyi. Masa untuk makan tengahari. Dah dirancang harus…

TARIKAN DI LITTLE KINGDOM MALAYSIA

Image
Assalamualaikum.. Hari pertama di tahun 2017 dan hari terakhir musim cuti sekolah  kami berempat ke Little Kingdom Malaysia yang terletak di aras 3, Maju Junction Mall Kuala Lumpur.
Little Kingdom merupakan Taman Tema Pendidikan (Endutainment Theme Park) yang pertama di Malaysia dan merupakan tarikan terbaru untuk kanak-kanak di mana mereka boleh mempelajari, menerokai dan memories sesuatu yang baru. 
So kami berkesempatan membawa anak-anak ke sini. Aina dan Anis teruja dan gembira. Sebelum masuk kami telah diberi wristband dan wristband ini akan scan masuk dan keluar.
Little Kingdom menyediakan beberapa bahagian iaitu:
a) Rides  b) Academic Games c) Personalized Interest Classes d)Activities (Magical Mansion,Magical Dreamland,Magical Stage and Magical Castle) e) Theme Cafes (Little Pinocchio Hut,Pirate Ship) f) Merchandise (Photo Booth,Gifts )
Di bahagian Rides terdapat dua aktiviti iaitu Fantasy Drive and Amazon Ride. So kami terus daftarkan kelas Fantasy Drive iaitu  Driving Schoo…