Skip to main content

LAUK BERBUKA PUASA

Salam Ramadhan 5..

Setelah sekian lama blog chenachenis 2 bulan bersawang, so barulah timbul kerajinan yang membuak-buak untuk update blog. Itu pun lihat lah tahap kerajinannya.

Hari ini dah masuk Ramadhan 5. Ada yang sudah masak untuk berbuka hari ini. Bagi yang berkerja mesti pening nak fikir menu hari ini.

Alhamdulillah rezeki akak dan family seperti biasa dari Ramadhan 1, 2 dan 4 kami berbuka puasa di rumah mak dan abah. Seronok dan nikmat bila kita dapat berbuka bersama orang tua.

Day 1


Ini lauk-pauk berbuka  Ramadhan 1


Menu akak Ramadhan 1, Ikan Cencaru Sumbat inti kelapa. Lauk-pauk yang lain seperti gulai pucuk paku,sambal ikan tamban dan ikan selar, kakak sulung yang masak.

Masa nak memilih ikan cencaru ternampaklah kerang bersaiz besar. Tanyalah harganya sekilo berapa. Harga kerang sekilo RM11.00. Perghh.. mahalnya..tak jadilah beli. So belilah ikan cencaru 10 ekor. Itupun tak masak semua. Masak dalam 7 ekor untuk makan 10 orang.

Planning nak masak kuih melaka untuk di bawa ke rumah mak. Tak jadi nak masak. Anak akak yang sulung (Aina) sedih tak dapat makan kuih melaka untuk pemanis mulut. Sebagai ganti suami akak beli kuih talam untuknya. 

Day 2

Sebab dan berjanji dengan Aina akak masakkan kuih melaka kegemarannya pada Ramadhan ke 2. Tukang gentel Aina. Alhamdulillah dah rajin menolong ke dapur. Tukang buat bising Anis. Kacau mamanya dan kakak masak.

Kuih Melaka @ Ondeh-Ondeh


Ini menu Ramadhan 2




Menu akak ialah tom yam dan kuih melaka. Menu lain gulai tauchu,sambal telur,mee goreng dan telur mata kicap seperti biasa kakak akak yang masak. Meriah Menu hari ke dua.

Day 3

Gambar tiada sebabnya akak berbuka puasa bersama suami. Tak sempat nak ambil gambar.

Day 4

Hujan lebat sepanjang perjalanan balik dari tempat kerja. Sepanjang perjalanan balik akak dan suami decided beli ayam KFC. Sampai je rumah mak ambil kanak-kanak ribena. Sukalah sangat ikut terutama Aisyah sepupu Aina dan Anis. Beli ayam je bukannya jauh pun.

Aisyah pula nak makan ayam kat situ juga.Tahulah dia tak puasa. Kita bawa balik berbuka dengan opah dan tok dad. Suami beli KFC bucket (9 ketul ayam). Seketul seorang. Cukuplah. Kalau beli yang 15 ketul banyaklah pula nanti.



Menu ke 4

Ayam KFC,Sambal ikan, Gulai bayam dan ondeh-ondeh

Inilah menu akak dan family bersama parents dan ahli keluarga yang lain.

Sekian dan selamat berbuka..










Comments

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet