Skip to main content

Posts

Showing posts from December 31, 2015

MANDI LAUT DAN KOLAM

Percutian kali ini di teruskan ke Port Dickson pula. Mandi laut lah..Selagi tak sampai Port Dickson, selagi tu lah aina dan anis bising di dalam kereta. Kali ini kami check in di Ancasa Residence Port Dickson.  Berbeza sebelum ini biasanya kami  menginap di Tanjung Tuan Beach Resort if bercuti ke PD. Di sebabkan cuti sekolah dan lambat booking kami memilih Ancasa. Sampai di PD, adik AB yang bongsu join sekali percutian keluarga ini pada hal keluarga mertuanya tinggal di Port Dickson.  Bila lagi katanya..kita nak holiday dengan adik beradik serta mak abah. Inilah masanya. If bercuti ke PD mesti ada kolam dan laut. Penat kita mandi kolam kita beralih ke laut pula.. Hilang stress bila dapat mandi air laut. Makan malam kami sekeluarga hanya di apartmen sahaja dan dihidangkan dengan steamboat, nasi dan barbeque ayam.  Memang menyeronokkan bila dapat berkumpul dan bersama-sama merancang percutian akan datang.. Ke mana ? InsyaAllah kita ke Langkawi pul

TIDUR DALAM BUSTEL

Tidur dalam bas? Percutian yang singkat ini, kami memilih Bustel  yang terletak di Klebang Melaka. Bas-bas yang lama telah di ubah suai menjadi sebuah hotel bajet. Pengalaman baru yang menyeronokkan bagi kami dan anak-anak. Setiap bas ada 2 bilik dan setiap bas ada katil queen size dan 2 katil single. Setiap bilik dilengkapi aircond, tv,tandas dan bilik air,almari pakaian,sejadah dan tuala. Setiap bas ada nama-nama sendiri mengikut zon di Melaka. Perkhidmatan Bustel ini di sediakan di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka berhadapan dengan pantai Klebang Melaka. Yang menariknya kaunter pertanyaan dan pendaftaran pun dalam bas. Oh ye..kalau nak menginap di sini di sarankan call dulu untuk booking kerana menurut petugas bustel, selalunya bustel penuh bila tiba musim sekolah. Disebabkan kami menginap semasa cuti sekolah kadar penginapan yang dikenakan RM130.00. Kalau di lihat dari luar , alahai betul ke ni nak tidur dalam bas..Tapi bila tengok je dalam bas..Perghh

BERCUTI DI MELAKA 2015

Alhamdulillah, Allah izinkan kami membawa anak-anak, mak abah dan adik beradik yang lain bercuti ke Melaka dan Port Dickson kali ini.  Percutian keluarga yang singkat selama 3 Hari 2 Malam pada 10 hingga 12 Disember 2015 yang lalu.  Bukan senang nak kumpulkan adik beradik lain untuk ikut serta percutian ini. Masing-masing dah pun berkeluarga dan ada komitmen lain.  Bercuti di Melaka, tak sah kalau kita tak melawat bandar Hilir Melaka. Kali ini kami ambil keputusan mengelilingi dengan menaiki beca. Seronoknya anis dan aina dapat pengalaman naik beca. Harga pun berpatutan dan tak mahal. Bila mereka berdua dah bersekolah, barulah rasa keseronokannya, pada hal sebelum ini mereka berdua dah pun melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Melaka. Bila diterangkan..Ye ke Mama kakak dah datang sini. Dah..kakak kecil lagi.. Penatlah abang beca mengayuh basikal membawa kami..Hahaha..Dari satu tempat ke tempat lain. 8 tempat menarik mereka bawa.Apa lagi bergambar sakan lah