Skip to main content

BERCUTI DI MELAKA 2015

Alhamdulillah, Allah izinkan kami membawa anak-anak, mak abah dan adik beradik yang lain bercuti ke Melaka dan Port Dickson kali ini. 

Percutian keluarga yang singkat selama 3 Hari 2 Malam pada 10 hingga 12 Disember 2015 yang lalu. 

Bukan senang nak kumpulkan adik beradik lain untuk ikut serta percutian ini. Masing-masing dah pun berkeluarga dan ada komitmen lain. 

Bercuti di Melaka, tak sah kalau kita tak melawat bandar Hilir Melaka. Kali ini kami ambil keputusan mengelilingi dengan menaiki beca. Seronoknya anis dan aina dapat pengalaman naik beca. Harga pun berpatutan dan tak mahal.

Bila mereka berdua dah bersekolah, barulah rasa keseronokannya, pada hal sebelum ini mereka berdua dah pun melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Melaka. Bila diterangkan..Ye ke Mama kakak dah datang sini. Dah..kakak kecil lagi..

Penatlah abang beca mengayuh basikal membawa kami..Hahaha..Dari satu tempat ke tempat lain. 8 tempat menarik mereka bawa.Apa lagi bergambar sakan lah kami. Wajib tu. Antara gambar yang di ambil...

Beca Melaka

Melaka

Melaka

Jalan-jalan naik River Cruise Melaka

MelakaPenat naik beca, kita naik bot pula.. Papa aina dah tahan beca kami minta abang beca bawa kami ke jeti river cruise..Suka-suka hati je papa aina.

Sampai di sana mak dan abah serta adik ipar dah ada di sana. Tiket pun papa aina anis dah beli.

Terfikir macam manalah papa aina boleh pujuk mak jalan kaki sampai ke jeti river cruise. Risau juga kalau kaki mak lenguh dan sakit. Tapi bila lihat keceriaan dan keseronokan terpampang di wajah mak..ok lah tu kan..Kita bergambar lagi.

Melaka

Melaka

Naik River Cruise pun dah, masa untuk solat zuhur. Kami solat di Masjid Selat Melaka. Alhamdulillah..Tapi tiada rezeki kami nak bergambar untuk mengabdikan momen yang indah di sana.

Perut pun dah berkeroncong.Sempat lagi kakak AB beli pau coklat yang sedap untuk mengisi perut sebelum meneruskan destinasi mencari restoren asam pedas melaka.

Ketua rombongan (Adik Ipar)  buka waze..Cari restoren asam pedas. Tapi tutup..Sedihnya..Buka waze lagi..pusing dan pusing sampai satu jam dalam kereta dek kerana nak makan asam pedas je.

Padahal kami dah nampak restoren asam pedas di bandar.Mungkin tak ada rezeki nak makan di sana.

Jam dah nak menunjukkan pukul 3.00pm..Kami bercadang ke Klebang terus.Alhamdulillah dapat lah makan asam pedas Melaka.

Sampai di Klebang jam 4.30pm So kita check in di BUSTEL..

Comments

  1. wah..ida pun baru balik bercuti dari melaka minggu lps

    ReplyDelete
  2. ramai rupanya kwn2 blogger yg bercuti kat melaka ya... kalau blk kg boleh laa kite berjumpa ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...