Skip to main content

TIDUR DALAM BUSTEL

Tidur dalam bas? Percutian yang singkat ini, kami memilih Bustel  yang terletak di Klebang Melaka.

Bas-bas yang lama telah di ubah suai menjadi sebuah hotel bajet.

Pengalaman baru yang menyeronokkan bagi kami dan anak-anak. Setiap bas ada 2 bilik dan setiap bas ada katil queen size dan 2 katil single. Setiap bilik dilengkapi aircond, tv,tandas dan bilik air,almari pakaian,sejadah dan tuala.

Setiap bas ada nama-nama sendiri mengikut zon di Melaka. Perkhidmatan Bustel ini di sediakan di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka berhadapan dengan pantai Klebang Melaka.

Yang menariknya kaunter pertanyaan dan pendaftaran pun dalam bas. Oh ye..kalau nak menginap di sini di sarankan call dulu untuk booking kerana menurut petugas bustel, selalunya bustel penuh bila tiba musim sekolah.

Disebabkan kami menginap semasa cuti sekolah kadar penginapan yang dikenakan RM130.00.

Kalau di lihat dari luar , alahai betul ke ni nak tidur dalam bas..Tapi bila tengok je dalam bas..Perghh macam hotel you..

Sebenarnya banyak aktiviti di pantai klebang ni dan jangan risau nak cari tempat makan. Sebelah bustel ini terdapat banyak bas bersusun dan di ubah suai menjadi kedai makan.

Bustel Melaka

Bustel Melaka

Bustel Melaka

So if you ols nak kan kelainan percutian akan datang..bolehlah menginap di sini ye..

Ok..kita bergerak ke Port Dickson pula..

Comments

  1. wahh. bestnyaa!!! btw sy follow blog ni. nice story u shares.

    ReplyDelete
  2. salah 1 bas tu penah jd sbhgn drpd nostalgia hidup sy ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...