Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

INILAH KASUT SAYA

Akhirnya.. Dapat juga anis memiliki kasut sukan idamannya. Memang dah lama anis berkenan dengan kasut ini. Memandangkan harganya yang mahal ketika itu..pendam kan je lah.. Semalam selepas menonton movie, kami sempat jugalah masuk ke Studio R di One Utama..Manalah tahu kalau ada kasut  untuk Anis.. Memang rezeki anis..Ada dua pilihan warna.. saiz pun ada... apa lagi mesti beli. Harga asal kasut ni memang mahal iaitu RM199.00.Kalau tak sale memang Tak akan beli. Ini pun dapat harga RM79.00.Rezeki Anis. Sebelum keluar dari Studio R anis bisik..puas hati anis mama dapat kasut ni, katanya. Alahai anak.. Selepas ini Tak ada lah anis nak mengelat follow mama jogging nanti ye.

GERAMNYA

Salam semua.. Minggu luahan rasa.. Memang amat mengecewakan apa yang kita harapkan tidak menepati cita rasa kita.Tak tahulah nak kata apa. Geram dan sakit hati lagi. Macam ni ke tukang jahit ni jahit baju pelanggannya. Padanlah ambil murah. Murah sangat. Tapi hasilnya. Oh tidak!! Nak dibaiki pun tak boleh lagi. Baju kurung moden ni ngam-ngam bila disarung ke badan. Bila check basi kain yang ditinggalkan ?Alamak..camne. memang tak boleh di besarkan lagi. Apa boleh buat. Redha je..Tapi dah serik hantar untuk kali ke dua. Terpaksa lah beli kain lain dan tempah dengan tukang jahit mahal. Janji puas hati dan sedap di pakai.

HADIAH KAIN SONGKET SARAWAK

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.Terima hadiah kain batik songket sarawak  dari seorang sahabat. Terima kasih Nad. Ingat lagi Nad pada kakak. Terharu dan seronok tak terhingga. Tahun ni boleh lah kak AB bergaya dengan kain batik songket Sarawak pemberian Nad ini.. Sekarang tengah fikir nak design camne kain songket ni. Bila check dalam insta dan blog macam-macam kita boleh design kain songket ni. Oh dah ada idea.. Terima kasih sekali lagi Nad.Moga persahabatan ini kekal selamanya.

HAPPY BIRTHDAY AINA

Last Saturday birthday my sayang aina..wah dah semakin membesar anak mama ni.Cepat betul masa berlalu. Rasa macam sekejap je sakit semasa melahirkan aina.Sekarang dah 9 tahun.Dah nak jadi anak dara..Dah pandai sikit-sikit merajuk,melawan,gaduh dengan adik,merengek nak itu nak ini..tapi suka tolong mama buat kerja dapur,kemas pinggan mangkuk lepas makan tanpa di suruh.. Happy birthday aina.Mama dan papa love u sayang..Birthday Kali ni kita sambut di secret recepi time lunch..Special buat aina.Order apa nak.Mama papa belanja.Memang pun siapa lagi kan. Yang excited adik..order air chocolate vanilla mocha..Birthday siapa ni? Share dengan kakak aina ye.Tak nak gaduh-gaduh.Adik-beradik kena sayang menyayangi.Selalu hug2. Buat aina mama sentiasa doakan kebahagiaan dan kesejahteraan aina dunia dan akhirat.Moga aina sentiasa dilindungi Allah,diberkati,murah rezeki dan menjadi anak yang solehah. Inilah keluarga kecil kami