Posts

Showing posts from May 31, 2017

LAUK BERBUKA PUASA

Image
Salam Ramadhan 5..

Setelah sekian lama blog chenachenis 2 bulan bersawang, so barulah timbul kerajinan yang membuak-buak untuk update blog. Itu pun lihat lah tahap kerajinannya.

Hari ini dah masuk Ramadhan 5. Ada yang sudah masak untuk berbuka hari ini. Bagi yang berkerja mesti pening nak fikir menu hari ini.

Alhamdulillah rezeki akak dan family seperti biasa dari Ramadhan 1, 2 dan 4 kami berbuka puasa di rumah mak dan abah. Seronok dan nikmat bila kita dapat berbuka bersama orang tua.

Day 1

Ini lauk-pauk berbuka  Ramadhan 1

Menu akak Ramadhan 1, Ikan Cencaru Sumbat inti kelapa. Lauk-pauk yang lain seperti gulai pucuk paku,sambal ikan tamban dan ikan selar, kakak sulung yang masak.
Masa nak memilih ikan cencaru ternampaklah kerang bersaiz besar. Tanyalah harganya sekilo berapa. Harga kerang sekilo RM11.00. Perghh.. mahalnya..tak jadilah beli. So belilah ikan cencaru 10 ekor. Itupun tak masak semua. Masak dalam 7 ekor untuk makan 10 orang.
Planning nak masak kuih melaka untuk di bawa ke…

4 tahun tak jumpa..Akhirnya

Image
Salam Ramadhan 5.

Alhamdulillah syukur..Terima kasih Allah. Temukan orang yang ikhlas dan berniat baik dengan ku. Ya..bila kita sentiasa baik hati dan berhati ikhlas kepada sesiapa sahaja pasti Allah akan temui juga orang yang baik hati dan ikhlas juga kepada kita.

4 tahun tidak bertemu dengan kawan yang pernah menjadi rakan kerja di tempat yang sama dan pada 26 Mei 2017, Jumaat kami bertemu di Black Canyon. Banyak yang kami bualkan. Walaupun singkat tapi sungguh bermakna bagiku.

Terima kasih Siti atas nasihat dan aura positifmu. Walaupun kita dah lama sangat tak berjumpa hanya melalui sosial media dan telefon namun keakraban kita tetap terjalin.

Terima kasih mendoakan kebahagian dan kejayaan Kak Nur di masa hadapan. begitu juga moga Siti terus cemerlang dalam kerjaya, murah rezeki dan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah.






Ikhlas dari Kak Nur