Skip to main content

Posts

Showing posts from February 26, 2015

Resepi Nugget Ayam yang mudah

Gigih betul malam semalam AB membuat nugget ayam untuk bekalan sekolah aina dan anis hari ini. Nugget ayam kesukaan mereka. Puas hati  dan seronok dapat buat sendiri.Aina dan Anis pun teruja pagi tadi AB buatkan nugget ayam khas untuk mereka berdua. Inilah rupanya nugget ayam yang memang mudah dan ringkas.  Bahan-Bahan: isi ayam (400gm) 4 sudu besar mayonis Sedikit garam 1 sudu kecil lada sulah 2 sudu besar tepung gandum Serbuk roti Sebiji telur Cara-caranya: Blend atau kisar isi ayam sampai hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan kecuali telur dan serbuk roti. Gaul sampai sebati. bentukkan mengikut citarasa masing-masing. Celup ke dalam telur dan golekkan di atas serbuk roti. Panaskan minyak dan goreng. Inilah hasilnya selepas di goreng. 

CPUV Nuffnang:Mi Sedaap Kristal Digital

Bulan ini sahaja sudah dua kempen jenama Mi bertandang di blog  chenachenis . Maggi Kari-Curry Festival dan yang terbaru  Mi Sedaap Krispi Digital. Terima kasih Nuffnang . Terima kasih penaja. Terima kasih pembaca.