Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

MANDI LAUT DAN KOLAM

Percutian kali ini di teruskan ke Port Dickson pula. Mandi laut lah..Selagi tak sampai Port Dickson, selagi tu lah aina dan anis bising di dalam kereta. Kali ini kami check in di Ancasa Residence Port Dickson.  Berbeza sebelum ini biasanya kami  menginap di Tanjung Tuan Beach Resort if bercuti ke PD. Di sebabkan cuti sekolah dan lambat booking kami memilih Ancasa. Sampai di PD, adik AB yang bongsu join sekali percutian keluarga ini pada hal keluarga mertuanya tinggal di Port Dickson.  Bila lagi katanya..kita nak holiday dengan adik beradik serta mak abah. Inilah masanya. If bercuti ke PD mesti ada kolam dan laut. Penat kita mandi kolam kita beralih ke laut pula.. Hilang stress bila dapat mandi air laut. Makan malam kami sekeluarga hanya di apartmen sahaja dan dihidangkan dengan steamboat, nasi dan barbeque ayam.  Memang menyeronokkan bila dapat berkumpul dan bersama-sama merancang percutian akan datang.. Ke mana ? InsyaAllah kita ke Langkawi pul

TIDUR DALAM BUSTEL

Tidur dalam bas? Percutian yang singkat ini, kami memilih Bustel  yang terletak di Klebang Melaka. Bas-bas yang lama telah di ubah suai menjadi sebuah hotel bajet. Pengalaman baru yang menyeronokkan bagi kami dan anak-anak. Setiap bas ada 2 bilik dan setiap bas ada katil queen size dan 2 katil single. Setiap bilik dilengkapi aircond, tv,tandas dan bilik air,almari pakaian,sejadah dan tuala. Setiap bas ada nama-nama sendiri mengikut zon di Melaka. Perkhidmatan Bustel ini di sediakan di Dataran 1 Malaysia Klebang Melaka berhadapan dengan pantai Klebang Melaka. Yang menariknya kaunter pertanyaan dan pendaftaran pun dalam bas. Oh ye..kalau nak menginap di sini di sarankan call dulu untuk booking kerana menurut petugas bustel, selalunya bustel penuh bila tiba musim sekolah. Disebabkan kami menginap semasa cuti sekolah kadar penginapan yang dikenakan RM130.00. Kalau di lihat dari luar , alahai betul ke ni nak tidur dalam bas..Tapi bila tengok je dalam bas..Perghh

BERCUTI DI MELAKA 2015

Alhamdulillah, Allah izinkan kami membawa anak-anak, mak abah dan adik beradik yang lain bercuti ke Melaka dan Port Dickson kali ini.  Percutian keluarga yang singkat selama 3 Hari 2 Malam pada 10 hingga 12 Disember 2015 yang lalu.  Bukan senang nak kumpulkan adik beradik lain untuk ikut serta percutian ini. Masing-masing dah pun berkeluarga dan ada komitmen lain.  Bercuti di Melaka, tak sah kalau kita tak melawat bandar Hilir Melaka. Kali ini kami ambil keputusan mengelilingi dengan menaiki beca. Seronoknya anis dan aina dapat pengalaman naik beca. Harga pun berpatutan dan tak mahal. Bila mereka berdua dah bersekolah, barulah rasa keseronokannya, pada hal sebelum ini mereka berdua dah pun melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Melaka. Bila diterangkan..Ye ke Mama kakak dah datang sini. Dah..kakak kecil lagi.. Penatlah abang beca mengayuh basikal membawa kami..Hahaha..Dari satu tempat ke tempat lain. 8 tempat menarik mereka bawa.Apa lagi bergambar sakan lah

BUNGA RAYA PINK

Melihat sahaja kelopak bunga raya berkembang mekar di halaman sendiri memberikan satu ketenangan dan terapi minda. Inilah first time AB dan suami menanam sendiri bunga raya pink.  Menunggu selama satu bulan batang bunga raya ini berakar dan dipindahkan ke pasu.Usaha yang sangat berbaloi. Selepas ini nak tanam bunga raya warna lain pula.

PERSIAPAN ANAK KE SEKOLAH 2016

Alhamdulillah..selesai segala persiapan barang keperluan sekolah untuk Aina dan Anis. Lega rasanya. Pakaian sekolah,beg, kasut sekolah,stokin dan buku latihan sekolah pagi pun sudah di beli. Kecuali yuran dan buku latihan sekolah petang sahaja belum lagi dibayar dan beli. Tunggu hari Ahad ini, pembayaran yuran dan buku latihan perlu dilakukan di sekolah petang. Awal bulan Disember, AB dah pun shopping beli barang keperluan mereka. Semangat sungguh.Fuhh.. Memang tak suka sangat shopping last minute dan tak suka bersesak nak pilih pakaian.  Nanti tak ada size lah, dah kena cari tempat lain. Better prepare awal-awal. Seronok sangat masa membeli baju budak berdua ni,  jurujual layan kita je.Hahaha.. Next year, Aina akan naik darjah 3 dan Anis pula darjah 1. Cepat betul masa berlalu..Eehhh..dah sekolah Anis ye.  Rasa seronok melihat telatah mereka berdua mengemas buku latihan dan menyiapkan barang keperluan yang lain. Aina dengan bangganya menunjukkan botol air minion.A

CAMPING YEAA..

Inilah aktiviti kami hujung minggu lepas..Kita berkhemah !!! Dalam rumah je. Tak dapat berkhemah di luar kawasan rumah, porch kereta pun jadilah.. Emmm.. bawa sekali bantal, selimut,buku dan segala barang mainan yang ada.. Bila jenguk dah tidur mereka berdua..Aina dan Anis memang dah pesan kalau diorang tertidur kejutkan mereka. Kata nak tidur dalam khemah..rupanya tak... Tidur atas tilam empuk lagi syok kan. Cara bermain dulu dan sekarang amat berbeza. Sementara mereka nak membesar,biarlah mereka berdua bermain di depan mata kita.  Janji selamat.

USAHA LAGI JANGAN PUTUS ASA

21.11.2015(sabtu)..Tahniah buat aina.Walaupun tidak tersenarai diantara 10 pelajar terbaik, aina tetap membanggakan mama dan papa dengan mendapat anugerah cemerlang dalam mata pelajaran.  Alhamdulillah.. Cuba lagi next year naik pentas lagi ye..Bagi mama ini adalah satu permulaan yang baik.Teruskan usaha aina.Don't give up sayang.Mama tahu keupayaan aina. Kata abah (tok dad) tak pe yang penting kita pandai.Hadiah atau anugerah sebagai motivasi agar kita lebih berusaha di masa hadapan.Jangan leka. Terima kasih abah.Terima kasih tok dad.Pesanan abah amat berharga.Kata abah lagi setiap anak ada kelebihan masing-masing.Tak bermakna kita tak dapat 1,2,3 hari ini kita tak berjaya pada masa hadapan.Buktinya anak-anak abah semuanya berjaya ke universiti dan ada yang menjadi cikgu dan engineer. Buat aina, banyak lagi ilmu yang perlu ditimba dan dipelajari.Perjalanan mu masih panjang lagi.Banyak lagi peperiksaan yang akan ditempuhi di masa hadapan.Berusahalah.Ex

BELI CLEAR GLASS STICKER

Lama juga AB mencari glass sticker yang sesuai untuk tingkap dapur.Entah macam mana tercetus idea nak pasang separuh saja glass sticker. Tak nak pasang keseluruhan tingkap.Lagipun AB dah pasang bidai tingkap . Carilah di DIY.Tapi banyak yang jenis gam dan tak ada yang berkenaan dihati.  Pencarian diteruskan. Wow tak perasan selama ini banyak glass sticker ada di jual di Home Pro (Malaysia). Yess..Bermacam-macam corak dan warna.. Dah dapat pun. Pilih yang mudah tanggal iaitu CTS Sicker Meiwa yang berharga RM29.90 semeter. Mahal ke? Kalau ikut harga mahal lah kan..Tapi memang cantik dan puas hati. Nanti tak delah jiran belakang dan orang nak sekodeng kita dari luar. Oh tak baik kan..Bersangka baiklah kita dengan orang. Lagipun kedudukan rumah AB rendah dan rumah belakang berkedudukan tinggi..Jiran belakang rumah boleh nampak apa kita buat di dapur if tarik bidai ke atas. Tetapi kami juga boleh nampak dapur jiran rumah belakang if diorang tarik bidai ke atas . Sama-sama n

MAJLIS JAMUAN MASUK RUMAH BARU

Alhamdulillah pada 8.11.2015; 11.30a.m berlangsungnya majlis bacaan yassin sempena masuk rumah baru di kediaman kami. Syukur Ya Allah di mudahkan urusan kami dan lancarkan majlis ini. Terima kasih yang tak terhingga buat abah yang mengetuai majlis ini. Buat mak yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga. Sayang mak dan abah. Terima kasih buat kakak (Along) yang menaja Sup Ketam,Rendang Ayam dan Tumis Lala pada hari tersebut. Begitu juga adik,kakak,abang ipar,adik ipar serta kenalan rapat yang menghadiri majlis ini.. Menu pada hari tersebut..Nasi Putih, Ayam Goreng Madu, Kari Ikan Ternggiri,Sambal Telur Puyoh, Sambal Tempoyak, Ulam-ulaman,sambal belacan,sup ketam,rendang ayam dam Tumis Lala.  Pemanis mulut tembikai dan Fruit Tart. Memang meriah menu..Cukup.. Seawal 6.00pagi selesai solat subuh AB sudah pun bertungkus lumus ke dapur memasak untuk tetamu-tetamu yang akan hadir. Alhamdulillah setakat 30-40 orang tetamu boleh lah lagi memasak tanpa bantuan assist

Layan kartun Oggy and the Cockroaches

Kartun ni lah budak berdua layan.. Pada hal banyak lagi rancangan kartun..tapi kartun si Oggy dan 3 ekor lipas yang susah nak mati ni yang seronok.. Pelik juga..kartun tanpa suara tapi sound je yang lebih..Kesian pula dengan  Si Oggy asyik kena buli dengan 3 ekor lipas yang jahat (lipas gemuk, lipas hijau dan lipas ungu). Geram pun ada.AB yang tak layan pada mulanya pun dah terjebak sama. Layan kan je lah..

Majlis Pra Graduasi Anis

Sedihnya anis tak dapat ikut serta Trip Melaka dan Legoland. If tak disebabkan anis ada Majlis Pra Graduasi Tabika Kemas Daerah Hulu Selangor pada hari tersebut 31 Oktober 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu.Pasti anis akan join trip tersebut bersama aina. Tak pelah anis yang penting anis terima scroll dan dan yang paling best sangat..Apa dia? Papa anis yang serahkan scroll tersebut. Kembang kempis hidung anis masa naik atas pentas hari tu.  Mak ai ramainya kanak-kanak cilik yang menerima sijil pada hari tersebut. Terpaksa lah kami ibu bapa ada yang duduk bersila di atas lantai.Sesi petang je dah seramai 324 orang. Jumlah keseluruhan termasuk sesi pagi seramai 624 orang. Kelass u all...ada anugerah olahragawan dan pelajar terbaik menghafaz surah lazim.Rasa terkilan jugalah sebabnya teks ucapan yang di baca oleh MC bahawa ini julang kali pertama kanak-kanak ini terpilih mewakili Selangor ke peringkat Kebangsaan dalam  acara bola jaring. Pada hal s

Roti Jala chenachenis

Disebabkan kerajinan yang melampau, maka terhasillah roti jala versi chenachenis. Mudah sangat membuatnya. Yang penting kena rajin. Di tambah dengan pembantu yang suka sangat menolong di dapur. Kakak melipat dan adik tugasnya mengacau adunan roti jala. Resepinya 3 cawan tepung gandum 3 cawan air Tambah 1/2 cawan susu segar (tak guna santan) Sedikit garam Sedikit pewarna kuning 1 biji telur 2 sudu minyak Gaul semua adunan sehingga sebati dan masukkan ke dalam acuannya. Bolehlah dijala di atas kuali dan dibiarkan beberapa saat. Angkat roti jala, kemudian bolehlah digulung ataupun dilipat. Disebabkan aina tak pandai menggulung, maka terhasillah roti jala setiga. Bila dah siap bolehlah di makan dengan kuah kari ayam..Yum yum..Sesuai sangat di makan untuk minum petang. Selamat mencuba...

Jiran baru

Rasanya sudah 6 minggu kami mendiami rumah baru yang dibeli 3 tahun yang lepas. Alhamdulillah..Seronok tak terkata.Walaupun hanya rumah teres setingkat dan tidaklah sebesar manapun. Janji kita puas hati.Sesuai sangatlah dengan keluarga kecil kami. Jiran baru... Sudah tentu.Kiri, kanan, depan dan belakang adalah jiran baru.Majoriti yang mendiami kawasan perumahan baru ini adalah Melayu. AB tak kisah jiran Melayu,Cina dan India..janji baik dan tolong menolong antara satu sama lain. Beruntung kiranya kita dapat jiran yang baik. Sebab jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita. Kalau ada masalah jiranlah yang akan datang dahulu, barulah saudara mara kita. Jiran jugalah yang akan tengok-tengokkan rumah kita time kita tiada di rumah. Jiran sebelah AB, Puan Linda dan suaminya Encik Fauzi. Keduanya orang Pahang. Sebelah Linda namanya Puan Fazila. Orangnya  kecil molek.Sebelah Fazila, Puan Suraya, Puan Ziana,Puan Fara,Puan Zaroma dan Puan Hajar. Jiran sebelah kiri masih

Selesai jua hutang ku..

Alhamdulillah..Akhirnya berjaya juga melunaskan hutang kereta Waja Campro ini selama 9 tahun.. Terasa lapang fikiran. Selepas ini bolehlah kami sekeluarga fokus dan meneruskan perancangan kami untuk tahun hadapan. Beli kereta baru?..Emmm..kereta ini masih berkeadaan baik.Rasenya mungkin tidak untuk masa ini.. Meminjam memang senang tapi nak buat bayaran setiap bulan tu yang liat.Terasa sayangnya duit  Bayangkan selama 108 bulan dengan bayaran RM634.00 sebulan. Nak beli kereta pun mungkin kami akan beli kereta terpakai sahaja yang masih bagus dan baru. Kereta ni bukannya aset.Keluar dari kedai dah pun jatuh harga. Inikan kereta yang dah 9 tahun. Prinsip kami biarlah kita berbelanja dibawah kemampuan kita. Jangan ikut orang sangat.. Rasa nikmat sangat pandu kereta yang bebas hutang  Sekian..

Tanam rumput karpet

Alhamdulillah projek nak tanam rumput karpet di tepi longkang akhirnya berjaya juga..Yahoo... Awalnya nak tanam bunga matahari..tapi rasa tak puas kalau tak pandang hijau-hijauan waktu pagi. Apa lagi bermula lah projek mencari rumput karpet.Pilihan rumput ialah Philippine grass.  Sekeping RM2.00 bersaiz 2x1sekaki..Mahal ke? Janji ada..lagipun beli kawasan Batang Kali..Nak ke Sungai Buloh jauh rasenya.Beli 10 keping.Jumlah RM20.00.Nak tanam pun di tepi longkang.Bukan nak buat taman mini..Adalah sikit tanah sekangkang kera,tanam sendiri pun.Nak upah kontraktor  tak berbaloi. Tak pasti ini cara penanaman rumput hiasan yang betul.Tapi yang utama cabut rumput-rumput liar dan buang segala benda-benda atau bahan binaan yang tak berkenaan. Kemudian ratakan tanah ataupun korek tanah dalam setengah kaki dan masukkan tanah baru. Selepas itu tanamlah rumput karpet.AB tanam rapat-rapat rumput tersebut. Selesai menanam kita siram dengan air ye. Buat permulaan, siram 3 Kali s

Cepatlah..Tik tok tik tok

Cepatlah masa berlalu. Tik tok tik tok..menghitung detik demi detik. Tak sabar nak pulang. Lambaian Home Sweet Home memanggil ku.. Berkerja 7 hari seminggu, memang memenatkan.Fuhh.... Tapi tak pe..Isnin dan Selasa cuti rehat...Leganya ditambah lagi Rabu ini 16 September cuti umum sempena Hari Malaysia. Yess..3 hari..Tapi dalam minda ni banyak kerja rumah nak dibuat dalam masa 3 hari. Pesanan ringkas.Jerebu makin teruk.Pastikan minum air banyak dan kurangkan aktiviti di luar rumah.

Birthday Kek Anis

15 Ogos 2015, genaplah umur Anis 6 tahun. Happy Birthday Anis Qaisara.Maaf mama lambat update cerita Anis..Sorry sayang.Moga Anis menjadi anak yang solehah, diberkati dan success dunia dan akhirat. Mama sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan Anis. Inilah kek birthday Anis yang mama tempah dari Aunty  Fiza  .Mama tahu Anis dah lama sangat nak kek frozen picture Elsa.Cantik kan.Rasa sayang pula nak makan. Terima kasih kak Fiza buatkan kek untuk Anis. Sedap, menepati citarasa kami dan tidak terlalu manis. I Like..

Salam Jumaat dan amalan sunnah

Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah. As salam semua.Di pagi hari Jumaat ini AB nak ucapkan Salam Jumaat yang barakah!Semoga kita semua dilimpahi rezeki,dimudahkan segala urusan,disayangi dan dikasihi dan diteguhkan serta ditingkatkan iman. Moga Jumaat ini bakal menjadi Jumaat yang terbaik untuk kita semua. Marilah kita perbaiki diri kita.Penuhilah hati kita dengan rasa bahagia dan kasih sayang, bersyukur atas nikmatNya dan hiasilah wajah kita dengan senyuman. Perkongsian bersama,Amalan Sunnah-Sunnah Hari Jumaat

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1436H 2015

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dengan Ramadhan-Nya... Di bulan mulia ini AB ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa. Marilah kita sama-sama sucikan hati,diri dan jiwa di bulan yang suci ini. Moga amalan kita di terima di sisi Yang Maha Esa.. Pastikan Ramadhan ini amat indah dan bermakna buat  anda semua..InsyaAllah..

Semangat yang pudar

Assalamualaikum semua.. Hari ke hari semangat berblog semakin merundum. Bila mood merundum rasa nak tutup blog ni pun ada juga. Kesian blog  pula dipersalahkan.Memang tak patut. Kalau dulu ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan. Bila virus M telah menguasai diri, hilang semangat untuk menulis dan menerbitkan entri sehinggakan nak buka laptop pun malas.  Kepada semua pembaca setia, mohon maaf atas kekhilafan ini andai tidak menjenguk anda kembali. Moga diberi semangat yang membara seperti dulu. p/s: sedang membina semula semangat berblog.

Busy ke aku ni ?

Busy nya..Sampaikan blog ini terbiar beberapa hari tanpa entri.Sepi seketika.Next week bercuti dan balik Terengganu sempena cuti sekolah.Makanya blog ini pun bercuti sama. Minggu yang memenatkan bagi AB, banyak tugasan perlu diselesaikan sebelum bercuti..Yeaaay..Happy nya Aina dan Anis,cuti sekolah balik kampung papanya..Orang ada kampung lah katakan. 9.3.2015 Isnin beberapa hari yang lepas, menghantar bonda tercinta membuat rawatan fisioterapi di Hospital Serdang. Alhamdulillah ada peningkatan yang membanggakan buat bonda.Hari yang sama kami berdua membeli tongkat untuk bonda. Daripada berkerusi roda,walker dan sekarang tongkat berkaki 4. Semoga bonda boleh berjalan seperti biasa tanpa menggunakan tongkat lagi. Bonda sebak,"Doakan mak boleh jalan macam biasa ye,"kata bonda. Alahai bondaku,nak menitik air mataku. Oh ye..AB dan pun menghantar Form Defect atau borang kecacatan untuk rumah baru AB dan serahkan kepada pemaju dan akan dilakukan dalam masa 2 minggu. Ce

Selamat Hari Wanita Sedunia 2015

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2015 buat semua wanita di dunia. Sesungguhnya kita bertuah dilahirkan seorang wanita kerana wanita itu istimewa dan penyeri kehidupan.  Tanpa wanita sunyilah dunia. Moga kita menjadi seorang isteri,ibu dan anak yang solehah,di sayangi dan dihormati.

MENANG GIVEAWAY VINTAGE BOOK MARKER

Alhamdulillah menang giveaway anjuran blogger  sallysamsaiman . Hadiah  vintage book marker  telah pun AB terima semalam.  Terima kasih Sally. Suka sangat dapat hadiah ini. Love it.

CPUV Nuffnang : Matrade Brand Awareness,9 Seputeh CNY Video Media,British Council Education

Minggu ini sahaja blog  chenachenis  dapat 3 CPUV daripada Nuffnang. MATRADE Brand Awareness 9 Seputeh CNY Video Media British Council (Education) Terima kasih Nuffnang. Terima kasih penaja. Terima kasih pembaca.

DAH DAPAT KUNCI RUMAH

Akhirnya...kunci yang dinantikan telah pun kami terima semalam. Weeeee. Penantian selama 2 tahun 1/2 bulan yang begitu lama bagi AB.Namun segala urusan berjalan dengan lancar semalam semasa penyerahan kunci. Alhamdulillah ganti rugi kelewatan menyiapkan rumah pun telah diberikan oleh pemaju dan Sijil layak menduduki rumah pun telah di terima .Oleh itu  tidak perlu risau lagi.  Dah dapat kunci ni..of coz lah kita mesti tengok rumah dan kesan segala kecacatan (defect) yang ada. Bermula dari pagar rumah hinggalah ke belakang rumah. Ini termasuk keretakan pada dinding, jubin, air ,elektrik,bumbung,atap,tangki air, toilet dan lain-lain. Segalanya mesti dicatat dan buat salinan defect untuk simpanan sebelum menyerahkan aduan kepada pemaju. InsyaAllah di lain entri AB akan kongsikan dengan lebih detail apa yang perlu dilakukan selepas menerima kunci daripada pemaju. Artikel berkaitan: Pengalaman beli rumah dari Developer Surat Serahan Milikan Kosong

Kek hari lahir buat Aina

Sepatutnya majlis hari lahir aina yang ke 8 tahun diadakan pada 28.2.2015 dan jatuh pada hari sabtu, AB dan suami sepakat untuk menyambutnya bersama ahli keluarga lain pada hari Ahad 1.3.2015 selepas  Majlis Cukur Jambul Firdaus  selesai.  Rezeki yang ada kita kongsi bersama. Kek aina diimport terus dari Secret Recipe. Maka dapatlah sepupu aina yang lain merasai kek hari lahir aina.  8 tahunlah... Anis tunggu je kakak potong kek.. Lambat sangatlah kakak..kita potong sama-samalah kek ni.. Buat Aina sayanggg.. Mama sentiasa doakan kesejahteraan,kebahagiaan,kesihatan yang baik,kekayaan, sentiasa dimurahkan rezeki dan cemerlang di dunia dan akhirat.  Love u till Jannah.

Majlis cukur jambul buat Firdaus

1.3.2015 di rumah ibu bapa AB telah diadakan majlis cukur jambul buat Muhammad Firdaus.Sepupu baru aina dan anis yang berumur 2 bulan iaitu anak kepada kakak dan abang ipar AB.Alhamdulillah Allah mengurniakan mereka zuriat setelah hampir 7 tahun berkahwin. Majlis ini buat simple sahaja, panggil pun tak ramai hanya jiran terdekat dan saudara mara. Bukan main seronok lagi aina dan anis ,semua sepupu ada pada hari itu. Dalam majlis itu seorang pun tak ambil gambar menu untuk kenang-kenangan. Sedehnya..Tak tahulah macam mana boleh terlupa. Mungkin masing-masing dah busy buat preparation terakhir pada majlis tersebut. Semua menu makanan catering sendiri.Ye...No tempah-tempah.Boleh bajet sendiri. Jimat kan.Kiranya bergotong-royong. Menu-menu Nasi Minyak ( Marzuki & the geng (en.suami & Azami) Kari Ayam (  Marzuki & the geng (en.suami & Azami) Sayur tumis (Marzuki & en.suami) Sambal Ayam ( Einasz aka Ichu) Gulai Pisang & ikan kering( Along aka Mu

Kereta chenachenis

Bila Televisyen Tiada Di Rumah..Apa Nak Buat?

Assalamualaikum pembaca semua.. Hampir 2 bulan juga televisyen di rumah AB rosak dan masih belum dibaiki lagi. Bila ditanya di kedai baiki elektrik kos yang dikenakan cecah RM700.00.Itu baru tanya sahaja. Berbaloikah? Lebih baik beli Televisyen baru. Aktiviti Riadah Sejak Televisyen rosak, banyak aktiviti riadah kami lakukan bersama. Tiada lagi rungutan daripada aina dan anis di hujung minggu "Bosanlah tiada TV, tak dapatlah tengok rancangan kartun hari ini". Oleh itu setiap petang di hujung minggu kami akan bermain badminton ataupun pergi ke taman permainan untuk beriadah. Kalau tidak, hujung minggu banyak dihabiskan menonton TV terutama rancangan kartun. Tidur lagi awal Sebelum ini AB akan pastikan mereka berdua masuk tidur sebelum jam 10.00 mlm. Sekarang mereka berdua akan masuk tidur lebih awal, paling awal 9.00 mlm selepas menyiapkan semua kerja-kerja sekolah dan mengemas buku. Bila keadaan ini berlaku, AB dapati aina dan anis lebih mudah bangun dan ceria

Tiada lagi Monday Blues

Assalamualaikum dan salam penuh senyuman di hari Isnin ceria.. Ada kawan pernah mengatakan bahawa "I'm easily confused on a Monday Morning". Bagi AB orang yang bekerja ofis  memang akan mengalami "Monday Blues" iaitu sindrom liat nak pergi kerja dan tiada mood di pagi hari isnin setelah berehat panjang di hujung minggu.Buat kerja-kerja ofis pun serba tak kena. Sebenarnya jangan dilayan sangat sindrom ini.Nanti jadi satu habit pula.Asal hari Isnin je Morning Blues.  Sebelum memulakan hari anda breakfast dulu ye.. Minumlah secawan kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Wanita Terbahagia-Bunga Cinta Lestari

Wanita Terbahagia - Bunga Cinta Lestari Jujur ku mengakui Pantas ku beri  Seribu pujian buat kamu Jauh di dalam hati  Selalu ku rasa Bersyukur aku mengenalmu Kerna cinta dari kamu Jadikan aku Wanita terbahagia di dunia Bersama kamu Ku jadi tahu Artinya waktu lebih berharga Dari harta di dunia  Bersama kamu Ku rasa jauh Lebih mengerti arti cinta  Tanpa harus mengucapkan cinta Kamu ku yakin tahu Ku yakin sama Tujuanmu dengan tujuanku

Selamat Hari Lahir Aina

Hari ini 27.2.2015 genap 8 tahun umur Aina.Selamat hari lahir sayangku Aina. Mama bangga dan bertuah memilikimu sayang.Cepat sangat masa berlalu.Anak mama semakin dewasa,bijak dan cantik di mata mama dan papa.  Memilikimu adalah satu anugerah bagi kami berdua. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah. Doa mama moga Aina menjadi anak yang solehah,cemerlang di dunia dan akhirat,diberkati, dirahmati,dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dikuniakan kecergasan akal dan kesucian hati. Anak yang taat perintahNya dan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya di dunia dan akhirat. ~Mama love you sayang~

Resepi Nugget Ayam yang mudah

Gigih betul malam semalam AB membuat nugget ayam untuk bekalan sekolah aina dan anis hari ini. Nugget ayam kesukaan mereka. Puas hati  dan seronok dapat buat sendiri.Aina dan Anis pun teruja pagi tadi AB buatkan nugget ayam khas untuk mereka berdua. Inilah rupanya nugget ayam yang memang mudah dan ringkas.  Bahan-Bahan: isi ayam (400gm) 4 sudu besar mayonis Sedikit garam 1 sudu kecil lada sulah 2 sudu besar tepung gandum Serbuk roti Sebiji telur Cara-caranya: Blend atau kisar isi ayam sampai hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan kecuali telur dan serbuk roti. Gaul sampai sebati. bentukkan mengikut citarasa masing-masing. Celup ke dalam telur dan golekkan di atas serbuk roti. Panaskan minyak dan goreng. Inilah hasilnya selepas di goreng.