Skip to main content

Busy ke aku ni ?

Busy nya..Sampaikan blog ini terbiar beberapa hari tanpa entri.Sepi seketika.Next week bercuti dan balik Terengganu sempena cuti sekolah.Makanya blog ini pun bercuti sama.

Minggu yang memenatkan bagi AB, banyak tugasan perlu diselesaikan sebelum bercuti..Yeaaay..Happy nya Aina dan Anis,cuti sekolah balik kampung papanya..Orang ada kampung lah katakan.

9.3.2015 Isnin beberapa hari yang lepas, menghantar bonda tercinta membuat rawatan fisioterapi di Hospital Serdang. Alhamdulillah ada peningkatan yang membanggakan buat bonda.Hari yang sama kami berdua membeli tongkat untuk bonda. Daripada berkerusi roda,walker dan sekarang tongkat berkaki 4. Semoga bonda boleh berjalan seperti biasa tanpa menggunakan tongkat lagi. Bonda sebak,"Doakan mak boleh jalan macam biasa ye,"kata bonda. Alahai bondaku,nak menitik air mataku.

Oh ye..AB dan pun menghantar Form Defect atau borang kecacatan untuk rumah baru AB dan serahkan kepada pemaju dan akan dilakukan dalam masa 2 minggu. Cerita bab rumah ni banyak sebenarnya AB nak kongsikan. Kami berdua rancang untuk berpindah bulan Mei ini setelah melakukan beberapa deco itupun bergantung kepada bajet yang ada. 

Minggu ini juga adalah minggu ujian pertama buat Aina di Tahun 2. Mama sentiasa mendoakan kejayaan Aina begitu juga Anis.

Masa tak mengizinkan diriku untuk berceloteh dengan panjang lebar lagi. Sebelum beredar..

Jom baca surah Kahfi..

Comments

  1. moga semuanya dipermudahkan ye AB..salam jumaat

    ReplyDelete
  2. dah cuti sekolah ni lagi busy kot kak.hehe.saya doakan Mak akak boleh berjalan macam biasa balik.amin

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan dan didoakan bonda sembuh dan mampu berjalan seperti biasa.

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan kak!dan semoga bonda cepat sembuh..hati2 balik kpg.. :D

    ReplyDelete
  5. Selamat bercuti AB :) Semoga bonda AB cepat sembuh ye :)

    ReplyDelete
  6. semoga bonda boleh berjalan seperti sedia kala.. aminnn


    terima kasih sudi join mini GA.. all the best ! :) jgn lupa semak no peserta di blog anies ya. followers #213

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah permudahkan urusan AB ye =)

    ReplyDelete
  8. x pe busy krn perkara yg lbh penting...

    ReplyDelete
  9. smoga segala urusan dipermudahkanNya.. :)

    ReplyDelete
  10. Takpe busy.. cuti sekolah mmg patut busy hehee. Saya pun baru hari ni berblogging..
    Semoga dipermudahkan segala urusan & mudah2an bunda AB cepat sembuh... aamiin.

    ReplyDelete
  11. semoga bonda akak sihat2 saja

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...