Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Membeli rumah merupakan satu komitmen yang besar kerana kita haruslah bersedia dari segi kewangan untuk membeli rumah.Apabila kita membeli rumah bayaran balik setiap bulan akan menjadi keutamaan manakala perbelanjaan lain mestilah dikurangkan. Pastikan kita mampu untuk memperuntukkan satu pertiga daripada wang kita untuk membuat bayaran balik secara bulanan pinjaman yang dibuat. Pengalaman membeli rumah memang meletihkan apatah menunggu rumah baru siap sepenuhnya. Ini pengalaman aku membeli rumah baru dari pemaju 2 tahun lepas akan saya kongsikan disini. Aspek penting Sebelum membeli rumah beberapa aspek penting perlu dititikberatkan. Antaranya lokasi perumahan kerana lokasi perumahan akan mempengaruhi harga dan nilai tanah. Memandangkan aku memang dilahirkan di Hulu Selangor dan sekarang ni banyak projek perumahan rumah di sana sudah tentulah aku tidak melepaskan peluang membeli rumah di kampung halaman ku. Lagipun berdekata...