Mungkin ramai di antara kita ada yang pandai berenang dan ada juga yang tak pandai berenang. Tahukah anda berenang amat dianjurkan di dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda, "Ajarilah anak-anak -anak kamu berkuda,berenang dan memanah (Riwayat Bukhari dan muslim) Berenang memang sukan yang banyak kelebihannya dan sebab itulah Rasullullah menyarankan kita mengajar berenang kepada anak-anak. Melalui pembacaan, ingin dikongsi bersama manfaat berenang yang perlu diketahui:- Baik untuk jantung dan paru-paru . Berenang membantu meningkatkan kadar denyutan jantung dan aliran darah keseluruh tubuh terutamanya tangan,kaki,jantung,pembuluh darah dan paru-paru kerana pergerakan yang aktif di dalam air. Menghilangkan Tekanan . Berenang mampu membantu hati lebih tenang dan relaks. Pernafasan . Amat bagus bagi yang mempunyai asma kerana pernafasan menjadi lebih kuat,sihat dan panjang. Membakar kalori. Oleh itu kalau nak turunkan berat badan dengan cepat, ber...