Skip to main content

Posts

Showing posts from November 16, 2014

Big Hero 6 memang best

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Khamis (13.11.2014) kami sekeluarga berkesempatan menonton Big Hero 6 . Aina dan anis memang menantikan movie ini. Memang best movie ini. Ada genre sains dan teknologi serta elemen gembira, sedih dan kekeluargaan. Sebuah filem yang sangat menarik dan pemandangan yang berlatarkan bandar San Fransokyo memang menakjubkan.  Movie ini mengisahkan remaja pintar bernama Hiro Hamada yang sering melibatkan diri dalam permainan robot haram telah mencipta mikrobot apabila abangnya Tadashi berjaya memujuk Hiro untuk memasuki sekolah yang bagi Hiro sekolah bosan.Ciptaan mikrobot telah menarik minat Professor Callaghan dan Krier dan Hiro berjaya melayakkan diri ke sekolah tersebut. Sumber:Google Namun tidak disangka abangnya telah mati dalam kebakaran apabila Tadashi cuba untuk menyelamatkan Professor Callaghan yang terperangkap dalam kebakaran. Hiro berasa amat tertekan dan sedih dengan kematian abangnya. Tidak disangka abangnya telah meninggalk