Skip to main content

Posts

Showing posts from February 22, 2015

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Menu tengahari yang sedap

Inilah menu tengahari kami sekeluarga. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Sepatutnya ayam kari ayam dan sayur brokoli campur ini menu untuk semalam. Tapi ditunda tak jadi masak sebab dapat jemputan kenduri doa selamat tengahari semalam. Oleh itu menu untuk hari inilah. Kari Ayam dan Sayur Brokoli campur Seronok tengok anis dan aina makan bertambah sebab ayam masak kari ni memang  lauk kegemaran mereka.Mungkin sebab dah tengahari perut pun lapar di tambah pula dengan ikan masin gelama (tiada dalam gambar). Apa lagi makan pun bertambah. InsyaAllah petang ni nak ke rumah kawan kerana beliau akan menunaikan umrah dan berangkat ke Tanah Suci minggu hadapan. Dan kepada kawan-kawan yang akan pulang dari bercuti berhati-hati ketika memandu.