Posts

Showing posts from May 11, 2016

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2016

Image
Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 yang telah berlangsung di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS) pada hari ahad yang lepas 8 Mei 2016.
Sampai di MAEPS terus dapat parking. Parking memang luas.Walaupun terpaksa  berpanas. 
AB tak pasti dewan mana yang kami tuju dulu. Tapi ramainya pengunjung. Tak lah sampai berlaga bontot.Hihihi dan dewan pun berhawa dingin.
Masuk je dewan Aina dan Anis dah nampak buku yang diidamkan. Mama Papa.. kakak nak buku ni. Buku komik sains nilah yang kakak cari. Anis pula berpusing-pusing mencari buku yang dia nak.
Seronok tak terkira Aina dan Anis ..Emmm..tak pe untuk anak-anak dan pupuk minat membaca pejam mata je. Jangan berkira sangat..
Overall oklah bagi AB.Walaupun ramai pengunjung, tapi kita selesa nak memilih buku.