Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

KARIPAP SARDIN SEDAP

Assalamualaikum.. Karipap adalah antara kuih yang akan AB hidang semasa berbuka.Nak dijadikan cerita AB telah terbeli karipap sardin kecil dan inti yang sikit dan berharga RM0.50 di Bazaar Ramadhan. Memang tak puas hati makan karipap yang dibeli. Jadinya sabtu lepas selepas selesai membuat biskut tart nenas, maka bermula lah operasi mencanai doh karipap. Inti sardin yang bercampur dengan kentang telah AB masak selepas bersahur. Dengan badan yang penat dan masa itu assistant AB Aina dan Anis tiada mengikut papa mereka keluar..Akhirnya berjayalah karipap sardin versi ku.. Sedap..Dengan isi yang penuh dan padat..Memang puas hati makan.  Berbunga-bunga hati bila dapat pujian 'sedap' daripada Papa Aina dan Anis. Suka lah tu kan..

BILA SEJUK ...FIKIR PUN TAK BOLEH

Selamat petang semua..Sejuknya office ni. Dah seminggu aircond di office ni sejuk sejak pihak pengurusan bangunan service aircond.Dah lah sekarang bulan puasa.Tak tahan rasanya.Sejuk tahap beku sampai ke tulang rasanya. Sehinggakan terpaksa pakai jaket tebal,stoking tebal dan glove untuk kurangkan sejuk.  Bila dah sejuk nak buat kerja pun malas.. nak berfikir pun tak boleh.Tension pun ada.Kalau bukan bulan puasa rasanya dah  buat air kopi panas ke..teh o panas ke..nescafe panas.. Bersabarlah ye..Nak buat macam mana.Air cond office ni centralized. Walau dah buat aduan masih lagi sejuk... Sekian..