Skip to main content

Posts

Showing posts from January 14, 2015

TAG NAMA DARI HIKAYAT SEORANG BUDAK

Assalamualaikum, Entri ini khas untuk  BUDAK  kerana bersusah payah buat tag nama untuk kawan-kawan blogger yang aktif singgah di blognya sepanjang 2014. AB adalah antara  41 Blogger Aktif  yang rajin komen di blog beliau. Terima kasih Budak, terharu sangat. Semoga persahabatan kita di alam maya terjalin erat.Insyaallah. Sesiapa yang belum mengenali beliau,  silalah ke blognya  Hikayat Seorang Budak . Wassalam..

Bekal kat mana ?

Nak dikatakan pagi ni kelam kabut tak lah. Bangun seperti biasa siapkan bekalan a.k.a bento untuk Aina dan Anis. Bekal sendiri boleh terlupa. Bukan tertinggal atas meja makan sebelum keluar rumah tapi tertinggal dalam rak motor. Sebelum masuk pintu office..terfikir..ada benda lah yang lupa.Sah bekal dalam rak motor. En.Abang pun terlupa sama. Yang dipesan jam 5.30pm tau balik. Memang pun office hour 5.30pm. Emmm..tak ada rezeki lah hari ini. Tak pe AB belanja picture bento semalam.Nasi lemak  chenachenis . Boleh tu repeat order hari ni..Sedap sangat lah agaknya.

HEADER BARU CHENACHENIS

Assalamualaikum... Happy sangat bila dapat kiriman header baru daripada Anies .Cantik dan cute dengan gambar Aina dan Anis.  Yang ni header lama blog  chenachenis . Simple kan.. Sekarang dah bertukar wajah.Hasil sentuhan dan kreativiti anies. i like... Terima kasih banyak-banyak  anies. Anies memang baik hati. Ada kawan-kawan blogger nak tukar header baru ataupun buat tempahan boleh hubungi anies di  aniesandyou.blogspot.com