Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

MERAYAU-RAYAU MENCARI KASUT SUKAN

Assalamualaikum semua.. Hari ahad yang lepas, kami 4 beranak dari IOI City Mall,Aeon Equine kemudian ke Sunway Piramid mencari kasut sukan untuk anis.  Penatnya.Kasut sukan memang banyak, berlambak di kedai kasut..Tapi untuk saiz anis, tak banyak. Lagipun mahal, diskaun pun 10%, 30%..After diskaun harga kasut RM100+++..Rasa tak berbaloi beli.Pendam kan je..Insyaallah pasti ada untuk anis. Kesian anis.Tak pelah mama kita cari lain hari,katanya .Sedih pula..Selalunya dapat yang kakak punya. Anis jenis tak berkira. Mungkin itu perangai anak no 2 ni.  Paling happy go lucky aina.Kasut sukan idamannya tercapai jua. Kasut jenama Nike.harga RM69.00. Selepas diskaun. Selepas ni tak lah bersungut dia. Bolehlah aina buat 10 rounds di taman nanti setiap pagi minggu.  Kalau tak melecet kaki aina.

TAK BAWA BEKAL

Assalamualaikum.. Masa nak  ambil keputusan nak bawa bekal ke sekolah ketika aina berumur 7 tahun, memang rasa susah nak bangun awal pagi siapkan bekal.. Sekarang aina pun dah berumur 9 tahun dan anis 7 tahun..alhamdulillah kepayahan itu dapat diatasi dengan jayanya. Malah makin seronok pula.. Bohonglah dalam sebulan tiap-tiap hari bawa bekal. Ada masanya kita akan bangun lewat dan tak sempat nak siapkan bekal.Rasa kasihan pula bila tak sempat siapkan bekal even sapu roti dan mentega sahaja.Lebih-lebih lagi macam AB yang bekerja. Berlainan pula hari ini sahaja mereka berdua tak nak bawa bekal. Alasannya nak berbelanja di kantin. Baiklah sekali kala kita latih anak kita berbelanja di kantin. Nanti tak pandai pula kan... Dengan menyediakan bekal untuk anak-anak automatik kita akan bekalkan untuk diri kita dan suami. AB pun bawa bekal ke ofis.Buatkan bekal untuk anak kita buat untuk diri sendiri dan suami. Bagi AB sebagai ibu kita akan berikan yang terbaik untuk anak k