MERAYAU-RAYAU MENCARI KASUT SUKAN

Assalamualaikum semua..

Hari ahad yang lepas, kami 4 beranak dari IOI City Mall,Aeon Equine kemudian ke Sunway Piramid mencari kasut sukan untuk anis. 

Penatnya.Kasut sukan memang banyak, berlambak di kedai kasut..Tapi untuk saiz anis, tak banyak.

Lagipun mahal, diskaun pun 10%, 30%..After diskaun harga kasut RM100+++..Rasa tak berbaloi beli.Pendam kan je..Insyaallah pasti ada untuk anis.

Kesian anis.Tak pelah mama kita cari lain hari,katanya .Sedih pula..Selalunya dapat yang kakak punya.

Anis jenis tak berkira. Mungkin itu perangai anak no 2 ni. 

Paling happy go lucky aina.Kasut sukan idamannya tercapai jua. Kasut jenama Nike.harga RM69.00. Selepas diskaun.

Selepas ni tak lah bersungut dia. Bolehlah aina buat 10 rounds di taman nanti setiap pagi minggu. 

Kalau tak melecet kaki aina.

kasut sukan

Comments

  1. Salam Puan,

    Saya Syahmi dari http://hidup.my/ dan ingin menjemput untuk review laman web kami. Kami sangat hargai jika Puan boleh review laman web kami.
    Puan boleh hubungi saya dengan maklumat di bawah.

    Terima Kasih.

    Syahmi
    syahmiruhaizat@gmail.com
    +6011-15359165

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK