Skip to main content

Posts

Showing posts from February 5, 2016

TAK BAWA BEKAL

Assalamualaikum.. Masa nak  ambil keputusan nak bawa bekal ke sekolah ketika aina berumur 7 tahun, memang rasa susah nak bangun awal pagi siapkan bekal.. Sekarang aina pun dah berumur 9 tahun dan anis 7 tahun..alhamdulillah kepayahan itu dapat diatasi dengan jayanya. Malah makin seronok pula.. Bohonglah dalam sebulan tiap-tiap hari bawa bekal. Ada masanya kita akan bangun lewat dan tak sempat nak siapkan bekal.Rasa kasihan pula bila tak sempat siapkan bekal even sapu roti dan mentega sahaja.Lebih-lebih lagi macam AB yang bekerja. Berlainan pula hari ini sahaja mereka berdua tak nak bawa bekal. Alasannya nak berbelanja di kantin. Baiklah sekali kala kita latih anak kita berbelanja di kantin. Nanti tak pandai pula kan... Dengan menyediakan bekal untuk anak-anak automatik kita akan bekalkan untuk diri kita dan suami. AB pun bawa bekal ke ofis.Buatkan bekal untuk anak kita buat untuk diri sendiri dan suami. Bagi AB sebagai ibu kita akan berikan yang terbaik untuk anak k