Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

Dah buka akaun...

Alhamdulillah akhirnya selesai juga urusan untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk Anis yang dah lama tertangguh ni.Masa tu kami jalan-jalan ke One Utama, ternampak pula booth PTPTN, jadi apalagi terus isi form, photostat IC di situ, hanya borang untuk pemotongan kebenaran gaji sahaja, en.abang kena dapatkan pengesahan daripada majikan. Pendaftaran hanya serendah RM20.00 sahaja. Untuk Aina, kami dah lama buka SSPN, Anis sahaja belum..Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami hari itu.. Apa yang menarik tentang SSPN ni? SSPN merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Ianya adalah berlandaskan syariah yang menggunakan konsep ' Wakalah Bil Istithmar'. Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN Deposit bulanan serendah RM20.00 sahaja Pelepasan taksiran cukai ke aras simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 setahun Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpana

Mulakan dengan Dirimu

Renungan untuk diriku dan semua, marilah kita berubah untuk kebaikan diri sendiri.Mulakanlah dengan perubahan yang positif  dan lakukan dengan sepenuh hati demi Allah dan untuk diri kita sendiri.. Pepatah arab ada mengatakan,berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.Inilah kunci orang yang berjaya.. ~Azlea~

Tahun Baru Datang Lagi

Tahun baru datang lagi.Setiap kali menjelang tahun baru, mesti soalan wajib yang akan di tanya kepada kita "Apa Azam Tahun Baru? ". Betul tak?Trend pasang azam setiap kali masuk tahun baru, adalah satu trend yang positif.Azam itu perlu ada setiap hari, jadi kita kena tanamkan azam kita dan bersemangat dalam melaksanakannya. Azam adalah kayu pengukur untuk menguji kemampuan kita samada kita mampu atau tidak melaksanakan impian kita. Ada juga yang berazam, tapi disudahi dengan kegagalan. Di mana silapnya? Walaupun perancangan rapi telah dilakukan.Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Sebagai seorang insan, kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan maju ke hadapan dalam apa jua perkara yang baik. Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah dalam memperbaiki diri dan amalan kita dalam kehidupan. Bagi diriku, azamku setiap hari ingin menjadi hamba Allah SWT yang terbaik, mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan,bersemangat, berfikiran pos

Wordless Wednesday #2

 Nak pergi kerja senang..

Fakta Menarik Tentang Negara Jepun

Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakan "Jalan kearah Akhlak" di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang. Tidak ada kegagalan pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation). Walaupun Jepun salah satu negara terkaya di dunia, Mereka tidak mempunyai orang gaji,ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka.Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah disterilkan dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali selepas makan bagi megekalkan kesihatan pada usia muda. Pengetua Sekolah akan mema

WW:Fikir yang baik

Frozen memang best..

Assalamualaikum...semoga sihat dan ceria selalu..kalau musim cuti sekolah aktiviti kami mesti bawa Aina dan Anis menonton wayang. Seperti biasa, kami berempat akan ke GSC 1 Utama..Dapatlah tiket menonton filem animasi dari Disney FROZEN.. Memang seronok menonton filem ini. Filem ini padat dengan komedi yang menghiburkan, pengembaraan dan muzikal. Terdapat pelbagai elemen perasaan seperti kegembiraan, kesedihan, kasih sayang, percaya mempercayai, kesabaran dan lawak. Filem ini mengisahkan pengembaraan Puteri Anna bersama Kristoff dan seekor rusa 'Sven' untuk mencari kakaknya, Puteri Elsa yang memiliki kuasa sihir. Kuasa sihir kakaknya telah mengubah seluruh negara Arrendell, kepada musim sejuk. Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh mereka berdua dan kehadiran watak  'Olaf' ciptaan kakaknya memang melucukan.. Puteri Elsa dan Puteri Anna Watak Olaf dan Sven Tiket wayang untuk 4 orang..hehehe Lagu "Let It Go" Memang seronok

Bertemu Geng Suka Makan Durian

Geng suka makan durian..jom layan gambar-gambar ini... Kawan yang lama dah tak berjumpa  (berpisah 24 tahun) dan bertemu kembali . Junaidin,Nasri ,Shahrul Nizam Shahnor dan Mazlina (tiada dalam gambar-tuan rumah) Makan nasi ayam dulu.Doktor Mazlina masak.. Aku dan En. Husband..malu-malulah pula.. Sesi makan durian.. Orang yang di sebelah tu makan je ke..tak nak tolong.. Bersungguh nampaknya Nasri... Haa tu dia.. fresh .. sedap.. Kekenyangan.. Suka makan durian tak? Ada yang suka makan durian, tapi tak suka makan tempoyak.. Ada yang tak boleh bau durian langsung..busuk katanya.. Ada pula yang tak suka durian, tapi suka tempoyak..pelik juga.. Ada pula yang tak suka dua-dua (durian dan tempoyak) tapi boleh bau.. Yang ni pula tak suka durian, tempoyak dan baunya... Tak kisahlah yang mana, tapi yang penting aku suka makan durian dan tempoyak dan En. suami suka durian tapi tak suka tempoyak. You olls macam mana? ~Azlea~