Skip to main content

Tahun Baru Datang Lagi

Tahun baru datang lagi.Setiap kali menjelang tahun baru, mesti soalan wajib yang akan di tanya kepada kita "Apa Azam Tahun Baru? ".


Betul tak?Trend pasang azam setiap kali masuk tahun baru, adalah satu trend yang positif.Azam itu perlu ada setiap hari, jadi kita kena tanamkan azam kita dan bersemangat dalam melaksanakannya.Azam adalah kayu pengukur untuk menguji kemampuan kita samada kita mampu atau tidak melaksanakan impian kita.

Ada juga yang berazam, tapi disudahi dengan kegagalan. Di mana silapnya? Walaupun perancangan rapi telah dilakukan.Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Sebagai seorang insan, kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan maju ke hadapan dalam apa jua perkara yang baik. Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah dalam memperbaiki diri dan amalan kita dalam kehidupan.


Bagi diriku, azamku setiap hari ingin menjadi hamba Allah SWT yang terbaik, mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan,bersemangat, berfikiran positif, jangan mengalah dalam apa jua situasi dan yang penting melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Walau 1001 azam di tanam, semoga akan terlaksana hendaknya dan moga  tahun baru memberi sinar kebahagian dan ketenangan kepada kita semua...

~Azlea~




Comments

  1. semoga segala azam akak tercapai..amin!sebelum ni ada gak azam niesa yg xtercapai..punca nya sbb x bersungguh2..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...