Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Soundtrack Lagu Tema Drama Ijab dan Qabul ~ Dengarlah Bintang Hatiku

Gandingan mantap Ady Putra dan Nora Danish. Dengarlah bintang hatiku  Aku akan menjagamu  Dalam hidup dan matiku  Hanya kaulah yang ku tuju  Dan teringat janjiku padamu  Suatu  hari  pasti akan tepati  Reff:  Aku akan menjagamu  Semampuku dan sebisaku  Walau ku  tahu  ragamu tak utuh  Ku  terima  kekuranganmu  Dan ku takkan mengeluh  Karena bagiku engkaulah nyawaku  Dengarlah bintang hatiku  Aku akan menjagamu  Dalam hidup dan matiku  Hanya kaulah yang ku tuju  Dan teringat janjiku padamu  Suatu hari pasti akan tepat  Reff:  Aku akan menjagamu  Semampuku dan sebisaku  Walau ku tahu ragamu tak utuh  Ku terima kekuranganmu  Dan ku takkan mengeluh  Karena bagiku engkaulah nyawaku  Aku akan menjagamu  Semampuku dan sebisaku  Walau ku  tahu  ragamu tak utuh  Ku  terima  kekuranganmu  Dan ku takkan mengeluh  Karena bagiku engkaulah nyawaku  Aku akan menjagamu  Semampuku dan sebisaku 

The Smurfs 2 in BM

Dah tonton tak movie ni?.  Mesti Aina dan Anis suka cerita ni. Starring : Datuk Aznil Nawawi , Hafizuddin Fadzil, Lisa Surihani,Zizan Razak,Ray ERA,Elfira Loy.

Raya Aidilfitri 2013

Assalamualaikum dan Salam Syawal semua.Sedar tak sedar hari ni dah masuk 6 Syawal.Cepat ye. Macam mane raya uolls tahun ni. mesti meriah kan. Yelah dapat berkumpul ngan adik beradik,jumpa kawan lama,dapat kumpul duit raya bagi yang masih studylah kan.macam Azlea raya tahun ni, kitaorang beraya kat rumah parents Azlea, tak jadi beraya di Terengganu. Sepatutnya tahun ni beraya di sana, tapi husben pulak kena masuk kerja petang.Almaklumlah kerja hospital ni cuti tak menentu.Jadi waktu bersama ngan kami pun sekejap jelah.Alhamdulillah. Kononnya lepas Solat Sunat Hari Raya, kami nak ambil photo family.Anis pulak meragam, buat perangai.Tahun lepas Aina,tahun ni Anis.Jadi tak jadilah ambil photo family.Sempatlah ambil gambar ngan adik beradik yang lain kat rumah mak yang lainnya beraya di rumah belah suami masing-masing.Jadi tak riuh sangatlah rumah mak.Nasib baik ada Aina dan Anis penghibur mak dan abah. Sempat lagi berposing ngan adik dan Aina Raya Pertama. Tahun ni memang tak a

Duit Raya~Simpan Ya

Aina : Mama duit raya kakak dah banyak. Mama:Nanti kita simpan kat bank ye duit kakak tu. Aina:Bank mana Mama.Tabung Haji ke? Mama:Yelah. Aina:Ok.Mama. Seronokkan jadi kanak-kanak. Dapat duit raya.Kumpul duit raya.Tapi yang bezanya duit raya dulu dan sekarang nilainya berbeza.Zaman Azlea dulu,duit raya bila dapat RM1.00 tu paling banyak. Sekarang ni kanak-kanak bila dapat duit raya RM1.00.Diorang akan cakap seringgit je. Tapi yang penting sikit ke banyak ke, duit raya mesti simpan.Macam Aina dan Anis, Azlea dah buka bank Tabung Haji dan SSPN untuk mereka. Memang dah diajar menyimpan duit. Tapi Azlea tak simpan semuanya.Azlea akan tinggalkan sikit contohnya RM5.00 dalam tabung diorang.Bagi Azlea,duit raya anak-anak adalah milik mereka dan sebagai ibubapa kita mesti menjaga amanah ini sebaik yang mungkin. p/s:Banyakke tahun ni adik2 dan anak uolls dapat duit raya?

Keistimewaan puasa 6 di bulan Syawal

Assalamualaikum dan Salam Syawal. Ada yang dah mula berpuasa 6 hari ini? Nabi Saw bersabda "Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa enam hari dalam bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun."(HR Muslim). Para ulama' menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari Manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari dan menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya. Niat Puasa Sunat Enam: Sahaja aku puasa sunat bulan Syawal kerana Allah Swt Kalau tak mampu nak puasa enam berterusan, kita dibolehkan puasa secara berputus-putus sehinggalah lengkap puasa enam di bulan Syawal. Mana yang mampu puasa berterusan lagilah hebat!..

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Alhamdulillah,tinggal beberapa hari lagi umat Islam seluruh dunia akan meraikan Aidilfitri yang mulia ini. Ini bermakna kita akan meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Di kesempatan ini,saya ingin ucapkan ''Selamat Hari Raya Aidilfitri" Maaf Zahir & Batin.Semoga kedatangan Syawal ini diraikan dengan penuh kesyukuran. Girangnya hati tidak terkata Bersama keluarga di hari bahagia Hulurkan salam maaf dipinta Moga bahagia di Hari Raya

Iklan Raya Maxis 2013 Best

Today nak share iklan hari raya Maxis.Cutelah iklan ni.Suka dengan the little boy tu berlakon.Paling best part akhir sekali.Memang benarpun, zaman sekarang ni mana ada budak-budak nak main guli,tutup oren,baling selipar blahh..Lainlah zaman 80an dulu.Ni zaman internet,Wifi,WhatsApp,Wechat .Smart Phone mesti kat tangan 24 jam.Kalau tak bukak internet 1 hari, dunia jadi tak bestkan.. Sape-sape yang belum tonton, boleh tonton kat sini ye..

Kenapa hati kita sering gelisah?

Kenapa hati resah gelisah? Badan rasa sakit dan berat Semuanya jadi tak selesa Buatkan hati rasa sakit Buatkan hati rasa sedih Buatkan hati rasa marah Kenapa hati resah gelisah? Cuba periksa semula amal ibadah kita Kenapa tak amal perkara yang selalu dibuat? Kenapa tinggal-tinggalkan surah Yasin? Kenapa tinggal-tinggalkan bacaan Al-Quran? Kenapa buat-buat lupa solat malam? Jesteru, ALLAH datangkan perasaan itu, agar kita  kembali mengadap Tuhanmu.