Posts

Showing posts from June 9, 2013

Tip penjagaan jantung sihat

Image
Jantung adalah otot yang paling kuat bekerja dalam badan.Setiap hari jantung akan berdenyut 100,000 denyutan dan mengepam 7,570 liter darah setiap hati. Serangan jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat Malaysia.Penyakit ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti pemakanan yang sihat,mengambil suplemen yang berkualiti,bersenam secara teratur,menjauhi rokok dan alkohol dan mengekalkan berat badan yang ideal.
Pemakanan yang sihat Elakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega,keju,minyak sapi, dan makanan yang bersantan dan mengandungi kolestrol termasuk telur,hati dan sebagainya.Digalakkan makanan secara kukus dan panggang dan kurangkan penggunaan minyak dalam penyediaan makanan. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran seperti lobak,timun dan kubis serta sayur berdaun hijau dan buah-buahan.
Mengekalkan berat badan yang ideal Kegemukan akan menyebabkan penyakit darah tinggi,kencing manis,paras lemak yang tinggi dan sebagainya.Berat bada…