Skip to main content

Tip penjagaan jantung sihat

Pengambilan suplemen untuk kesihatan jantung

Jantung adalah otot yang paling kuat bekerja dalam badan.Setiap hari jantung akan berdenyut 100,000 denyutan dan mengepam 7,570 liter darah setiap hati. Serangan jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat Malaysia.Penyakit ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti pemakanan yang sihat,mengambil suplemen yang berkualiti,bersenam secara teratur,menjauhi rokok dan alkohol dan mengekalkan berat badan yang ideal.

Pemakanan yang sihat
Elakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega,keju,minyak sapi, dan makanan yang bersantan dan mengandungi kolestrol termasuk telur,hati dan sebagainya.Digalakkan makanan secara kukus dan panggang dan kurangkan penggunaan minyak dalam penyediaan makanan. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran seperti lobak,timun dan kubis serta sayur berdaun hijau dan buah-buahan.

Mengekalkan berat badan yang ideal
Kegemukan akan menyebabkan penyakit darah tinggi,kencing manis,paras lemak yang tinggi dan sebagainya.Berat badan yang berlebihan hendaklah dikurangkan sesuai dengan bentuk badan dan ketinggian seseorang.

Bersenam
Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan badan. Berjoging,berjalan dan mengayuh basikal adalah antara contoh senaman bagi mereka yang mengalami serangan jantung. Senaman yang dilakukan secara teratur dan konsisten dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.Orang dewasa yang sihat berumur dalam lingkungan 18-65 tahun disarankan bersenam selama 30 minit lima(5) hari seminggu.

 Jauhi rokok dan alkohol
Majoriti mereka yang mendapat serangan jantung ialah perokok.Jika pernah mendapat serangan jantung perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok diberhentikan.Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung. Dinasihatkan tidak mengambil alkohol kerana boleh menyulitkan usaha menurukan berat badan dan turut mendatangkan bahaya terutama hati.

Pengambilan suplemen yang berkualiti
Mengambil suplemen yang berkualiti dapat menjaga dan memelihara kesihatan jantung kita.Klik Sini untuk suplemen


 


Comments

Popular posts from this blog

Selamat menunaikan ibadah umrah sahabatku Mardiana

Alhamdulillah, petang tadi dapatlah berjumpa dengan kawan AB yang akan menunaikan ibadah umrah dan akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Februari 2015.  Tahniah buat sahabatku Mardiana, dipilih sekali lagi menjadi tetamu Allah ke kota suci Mekah. Selamat menunaikan ibadah umrah, semoga diberi ketenangan jiwa dan kelapangan,kesabaran,diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan sepanjang menjalani ibadah umrah di sana. Selamat pergi dan selamat balik ke tanah air. "Doakan kami sekeluarga ke sana ye Ana." Alhamdulillah..ada juga rezeki kami walaupun majlis doa kesyukuran telah selesai. Dapatlah juga berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih buat Mardiana sekeluarga. Sedap lauk kenduri (kari kambing dan rendang rusa). Selfie dulu.. Picture : kredit to Mardiana

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet