Skip to main content

Posts

Showing posts from September 23, 2014

Bila Rindu Datang Lagi..

Assalamualaikum.. Bila rindu datang lagi aku suka tatap gambar anak-anak masa kecil dan menonton kembali video yang dirakam.Cepat betul masa berlalu..dah besar rupanya anak kesayangan mama dan papa. Setiap gambar yang diambil dan video yang dirakam ada cerita suka duka. Tiap gambar ada kenangan kami..Seronok dan gembira bila melihat gelagat aina dan anis semasa kecil dari lahir hinggalah kini. Hinggakan aina dan anis pada mulanya tak percaya bahawa video yang dirakam adalah mereka berdua. Aku rasa bukan aku saja yang suka merakam aksi anak-anak untuk tatapan dan kenangan.Malah ramai lagi..Bagi aku setiap gambar ada kenangan dan momen tersendiri.Abadikan lah untuk tatapan dan kenang-kenangan kita kelak walaupun hanya sekeping gambar.

Bila dah pegang microphone..

Assalamualaikum.. Aksi dua beradik bila dapat pegang microphone. Berkaraoke nak pecah rumah dibuatnya..Inilah busy nya aku melayan aina dan anis di rumah sepanjang aku bercuti dan cuti sekolah minggu lepas.Tak sempat nak update di sini..Busy lah sangat katakan..Blog pun sepi.. Vid kurang memuaskan Set Super Professional Dual Microphone  ini rupanya dah lama sangat kami simpan sampai terlupa.Rasanya dah 6 tahun.Alhamdulillah masih berfungsi.Boleh lah diganti dengan mic yang rosak sebelum ini.  Inilah hasilnya gara-gara  Plan Mengemas  aku last week. Berbaloi juga lah.