Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Murah rezeki

Assalamualaikum semua.  Selamat beramal dan semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki. ♥ Salam sayang  ♥ ~Azlealee~

~Duhai Wanita~

''Kecantikanmu bukanlah dari pakaian yang dikenakan, susuk yang ditampilkan atau bagaimana kamu menyisir rambutmu. Kecantikanmu harus dilihat dari matamu,kerana itulah pintu hatimu, tempat di mana cinta itu ada.'' Firman Allah SWT khusus buat Wanita ♥ Salam sayang  ♥ ~Azlealee~

Pantasnya Masa Berlalu

Assalamualaikum semua.Rasanya seminggu tak update blogku ini .Maklumlah busy sangat dengan kerja-kerja hakiki,business part time dan macam-macam lagi.  Tapi hari ini nak jugak ceritalah, semalam sebab dah lama sangat tak balik dengan komuter perjalanan mengambil masa selama hampir 3 jam. Keluar office 5.30 pm. sampai rumah jam 8.45 pm.Penat tau.Rasanya drive tak adalah sampai 3 jam. Tak percayakan.Selalunya Azlea balik ngan en. abang, tapi en.abang tak dapat hantar balik sebab kena sambung kerja. Sebelum naik tren sempat jugak singgah Shaklee di Empire Subang  belikan Vitamin untuk customer.Hehehe.. Sampai di KL Sentral, Ya Allah ramainya manusia.Kenapa ni?Lah baru teringat cuti 3 hari sempena Hari Malaysia. Dah lah terlepas tren nak ke Rawang.Tunggu lagi.Nasib baik tak tunggu lama. Dapatlah naik tren nak ke Tanjung Malim.Alhamdulillah, tak bersesak sangat. Tapi adalah 2 orang jejaka tampan ni, nak masuk 'Koc Wanita', Hello tak nampak ke "Ladies Only

Kenapa Bertangguh?

Assalamualaikum..  Adakah kita ni jenis orang yang suka bertangguh?  Eee  malaslah, esoklah buat kerja ni; Lambat lagi ni..sempat lagi, belum masuk solat lagi; Esoklah telefon emak dan ayah; Tunggu kaya dululah, bolehlah bersedekah; Senang-senang nantilah datang melawat; Nak dietlah eee..tunggulah; Nak jogging pun bertangguh; dan bermacam-macam lagi penangguhan. Pernah tak apabila sampai je di office kita tergesa-gesa untuk menelefon  emak dan ayah kita bertanya khabar dan menyatakan rindunya kepada mereka? Mesti Pernahkan..So sweet... Gambar google Sifat suka bertangguh atau tabiat menunda sesuatu kerja,memang ada dalam diri kita.Apabila kita bertangguh sesuatu kerja, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin menimbun. Akibatnya kesihatan juga terganggu.Pastinya kita menjadi orang yang gagal dalam kehidupan,kerjaya,akademik,kesihatan,kewangan,ibadah dan sebagainya. Cara mengatasinya : Buat senarai tugas 'TO DO LIST'; Kal

Moga tak tergolong dalam penyakit hati

7 Penyakit Hati: 1. Suka dipuji = SUM'AH 2. Suka berbangga diri = TAKBUR 3. Suka pandang rendah kepada orang lain = SOMBONG 4. Suka puji seseorang di hadapan tetapi kutuk di belakang = MUNAFIQ 5. Suka menunjuk-nunjuk = BERLAGAK 6. Suka sakit hati terhadap nikmat orang lain = BUSUK HATI / DENGKI 7. Suka berfikiran negatif terhadap orang lain = BURUK SANGKA ''Ya Allah, aku berlindung kepada mu, dari kemungkaran,perangai yang buruk dan rezeki yang sempit.Aamin.''