Skip to main content

Pantasnya Masa Berlalu

Assalamualaikum semua.Rasanya seminggu tak update blogku ini .Maklumlah busy sangat dengan kerja-kerja hakiki,business part time dan macam-macam lagi. 

Tapi hari ini nak jugak ceritalah, semalam sebab dah lama sangat tak balik dengan komuter perjalanan mengambil masa selama hampir 3 jam. Keluar office 5.30 pm. sampai rumah jam 8.45 pm.Penat tau.Rasanya drive tak adalah sampai 3 jam.

Tak percayakan.Selalunya Azlea balik ngan en. abang, tapi en.abang tak dapat hantar balik sebab kena sambung kerja. Sebelum naik tren sempat jugak singgah Shaklee di Empire Subang  belikan Vitamin untuk customer.Hehehe..

Sampai di KL Sentral, Ya Allah ramainya manusia.Kenapa ni?Lah baru teringat cuti 3 hari sempena Hari Malaysia. Dah lah terlepas tren nak ke Rawang.Tunggu lagi.Nasib baik tak tunggu lama.


Dapatlah naik tren nak ke Tanjung Malim.Alhamdulillah, tak bersesak sangat. Tapi adalah 2 orang jejaka tampan ni, nak masuk 'Koc Wanita', Hello tak nampak ke "Ladies Only." Ha..dah termalu sebab ditegur oleh seorang Wanita Cina.

Sampai je Aina dan Anis dahpun tunggu di stesen Komuter Batang Kali bersama mak dan abah. Lega. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 1.5 jam jadi 3 jam. Yang penting selamat sampai di rumah dan Selamat Berhujung Minggu..Bye..



Comments

  1. oooooo, patut la tadi banyak kereta dekat highway.
    eiqa pun lupa jugak isnin nie..
    ehh, dah lme eiqa x naik komuter semenjak dah habis belajar niee, ehhee
    selalunya memang ramai pun dekat KL Sentral tuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya juga dengan penumpang komuter yang selalu balik ngan komuter.Beritahu selalunya tak adelah ramai macam ni.Rupanya orang balik kampung.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

DIY BOTOL PLASTIK

Assalamualaikum semua.. Bahan kitar semula seperi botol-botol plastik banyak kegunaannya dan boleh  dijadikan pelbagai projek yang cantik. Daripada botol kecil ke botol plastik yang besar kita boleh jadikan pelbagai projek.Dan sekiranya anda seorang yang kreatif projek botol boleh kita jadikan sebagai sumber pendapatan.. Pasu bunga dan Bekas Pensel Penyedok Sampah ataupun penyedok tanah Bekas tanaman sayuran organik Kalau anda seorang yang kreatif, anda boleh mencuba idea di bawah..  Sarang burung Hadiah Bersamalah kita menjaga alam sekitar untuk masa depan dan generasi akan datang. Gunakanlah ia semula secara kreatif ataupun kita kumpul dan jual semula di Pusat Pengumpulan Kitar Semula. Sumber:carian internet

Doa untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum.. Hari ini Aina akan mula peperiksaan bagi sekolah pagi dan petang sebelum cuti sekolah bermula pada minggu hadapan. Sebelum Aina masuk kelas pagi tadi, sempat berpesan padanya membaca surah Al-Fatihah, tenang dan jangan gopoh menjawab soalan peperiksaan. Aina ada beritahu yang dia berazam tahun untuk mendapat tempat pertama dalam kelas.Katanya dia nak naik pentas dan ambil hadiah nanti akhir tahun. Alhamdulillah..Semoga Aina berjaya..Teringat Merentas Desa  pada bulan Januari yang  lalu.Sebelum itu Aina ada beritahu pada kami berdua yang dia akan bawa balik hadiah. Ternyata memang benar.Aina menang tempat ke 5 untuk Tahun Satu. Katanya janji balik bawa hadiah. Semoga Aina berjaya apa yang diidamkan,berjaya dalam hidup dan cemerlang dunia dan akhirat. Sebelum itu Azlea kongsikan doa untuk anak menghadapi peperiksaan..Semoga dipermudahkan.InsyaAllah..

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bermula minggu hadapan sekolah akan bercuti selama seminggu..Yeaayy..cuti sekolah..jadi jalan tak sesak selama seminggu. Seronoklah aina dan anis nanti.Boleh bangun lewat.Kalau tak seawal 6.00 a.m dah bersiap nak ke sekolah. Cuti sekolah mesti ramai parents dah planning nak bercuti. Almaklumlah ada yang nak menghabiskan cuti tahun lepas.Kalau tak rugi cuti. Disebabkan cuti sekolah singkat, Azlea dan suami tak merancang nak bercuti ke mana-mana. Tapi dah planning sesuatu untuk mereka berdua.. Disebabkan aina dan anis ni memang minat melukis dan aktiviti seni,azlea tertarik dengan hasil kraftangan daripada batang aiskrim. Cuba tengok gambar ni..Cuti sekolah bolehlah ajar mereka berdua..Pasti aktiviti ini menyeronokkan.. Penanda buku Penanda buku Kad  Jemputan Bekas Pensel Cantik..memang kreatif ..Anak-anak pasti suka.Boleh dijadikan penanda buku hadiah kepada kawan ataupun hadiah untuk 'Selamat Hari Guru tidak lama lagi.. ...