Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

CPUV Nuffnang lagi dan lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kali ini CPUV dari    Inti 2015 Cycle 1 Degree, Clinique Sonic System  Altel Digital Campaign dan Mah Sing-Anenue Street. INTI 2015 Cycle 1 Degree. Clinique Sonic System Mah Sing-Avenue Street Terima kasih  Nuffnang  dan pihak penaja.Jemput klik nanti ya.

Makan Nasi Kerabu..Sedapnya..

Assalamualaikum dan selamat pagi Ahad.. Alhamdulillah pagi ni kami ke Pasar Tani, Kota Damansara menikmati  Nasi Kerabu Abang Ajis. Memang sedap. Lengkap dengan bahan utama sambal tumis, sambal kelapa,sambal cili, budu, ulam ulaman dan bahan sampingan lain. Yang penting Nasi Kerabu ku mesti ada Solok Lada. Terima kasih papa aina dan anis belanja makan nasi kerabu pagi ini. 

Geram:Sekejapnya Puteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kecewa sungguh anis dan aina bila Puteri   yang  dinanti-nantikan  sejak last week tak sampai 5 minit. Baru nak tarik bantal ehh dah habis. Dah habis ke mama? tanya anis Emmm dah habis lah sayang.. Aina pula: kenapa sekejap sangat. Sedih pula tengok anis menangis nak sangat tengok Puteri. Tak patut rasanya rancangan Puteri  yang dinantikan  oleh anak-anak hanya sekejap saje. Memang kerja-kerja menyiapkan animasi ini mengambil masa yang lama. Tetapi kalau tak bersedia dan belum  siap sepenuhnya janganlah dihebohkan. Kesian anak-anak.. Mood memang geram. Kredit pic: google

Big Hero 6 memang best

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Khamis (13.11.2014) kami sekeluarga berkesempatan menonton Big Hero 6 . Aina dan anis memang menantikan movie ini. Memang best movie ini. Ada genre sains dan teknologi serta elemen gembira, sedih dan kekeluargaan. Sebuah filem yang sangat menarik dan pemandangan yang berlatarkan bandar San Fransokyo memang menakjubkan.  Movie ini mengisahkan remaja pintar bernama Hiro Hamada yang sering melibatkan diri dalam permainan robot haram telah mencipta mikrobot apabila abangnya Tadashi berjaya memujuk Hiro untuk memasuki sekolah yang bagi Hiro sekolah bosan.Ciptaan mikrobot telah menarik minat Professor Callaghan dan Krier dan Hiro berjaya melayakkan diri ke sekolah tersebut. Sumber:Google Namun tidak disangka abangnya telah mati dalam kebakaran apabila Tadashi cuba untuk menyelamatkan Professor Callaghan yang terperangkap dalam kebakaran. Hiro berasa amat tertekan dan sedih dengan kematian abangnya. Tidak disangka abangnya telah meninggalk

Lirik lagu Animasi Puteri

Lirik Lagu Animasi Puteri Angin berhembus membelai mesra Tenang di jiwa suasana terkira bahagia Hatiku ceria dengar kicau kenari Cahaya suria bersinar indah Mekar mewangi bunga di taman Warna warni seluruh alam Damainya mempesona https://www.facebook.com/puterilimau.official http://www.puterilimau.com/ Anis dan Aina tak sabar nak tengok Puteri.Ala-ala Frozen..

Terima kasih Nuffnang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera Agak lama juga tak update berkenaan CPUV dari  Nuffnang . Bila check, ada 5 CPUV yang tengah on going buat masa ini. Tapi ada juga CPUV seperti tidak bergerak je.. Terima kasih ye Nuffnang dan pengiklan semua sudi beriklan sini. Win a 3 Days 2 Night Trip Transitions Optical Mah Sing - Avenue Street Ducth Lady Friso Baby's Sony Xperia Z3 

Pengalaman beli rumah dari developer

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Membeli rumah merupakan satu komitmen yang besar kerana kita haruslah bersedia dari segi kewangan untuk membeli rumah.Apabila kita membeli rumah bayaran balik setiap bulan akan menjadi keutamaan manakala perbelanjaan lain mestilah dikurangkan. Pastikan kita mampu untuk memperuntukkan satu pertiga daripada wang kita untuk membuat bayaran balik secara bulanan pinjaman yang dibuat. Pengalaman membeli rumah memang meletihkan apatah menunggu rumah baru siap sepenuhnya. Ini pengalaman aku membeli rumah baru dari pemaju 2 tahun lepas akan saya kongsikan disini. Aspek penting Sebelum membeli rumah beberapa aspek penting perlu dititikberatkan.  Antaranya lokasi perumahan kerana lokasi perumahan akan mempengaruhi harga dan nilai tanah. Memandangkan aku memang dilahirkan di Hulu Selangor dan sekarang ni banyak projek perumahan rumah di sana sudah tentulah aku tidak melepaskan peluang membeli rumah di kampung halaman ku. Lagipun berdekatan de

Anis dah bertindik telinga

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Seronoknya anis bergaya depan cermin melihat telinganya sudah ada subang.Kembang kempis hidung anis kan. Sebenarnya dah lama nak tindikkan telinga aina dan anis. Yelah aku bertindik rasanya umur aku 7 tahun buat di kedai emas. Rasanya time tu dah guna yang bertembak.Tak sakit.Tak tahulah kalau  ada yang masih guna style lama cucuk masa zaman aku.Yang tu memang sakit. Anis pula memang berani ikut perangai aku kot tak macam aina.Duduk jauh melihat telinga adiknya ditembak dengan alat khas.  Sebelum tu anis dah  pilih warna subangnya. Aku pilih warna lain.Anis nak juga warna merah.Sama dengan warna bajunya.Baiklah .Pilihlah warna merah. Anis tak perlu di suruh, duduk di kerusi dan selamba je mukanya.Kelakar pun ada. Tak sakit katanya. Selepas ini boleh lah anis eksen dengan mak su yang masih tak bertindik sampai sekarang.

Semak keputusan peperiksaan sekolah (SAPS)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Mudahnya, semuanya hanya dihujung jari. Semuanya Online. Oh ye..dah semak keputusan peperiksaan anak? Saya sudah. Alhamdulillah.Moga aina terus berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Mudah sahaja.Ibu bapa dan penjaga kini boleh memeriksa keputusan peperiksaan anak diatas talian hanya melalui  Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Ibu bapa atau penjaga perlu memasukkan No Kad Pengenalan Anak/Sijil Lahir,pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan Tahun Peperiksaan. Kemudian Tekan Semak Laporan. Kemudian akan keluar butiran nama pelajar. Pilih peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun dan tekan papar slip keputusan atau papar markah peperiksaan.  Dengan menekan papar markah peperiksaan, kita boleh membuat analisa keseluruhan pencapaian pelajar.  Sistem ini amat memudahkan dan amat sesuai dengan keperluan semasa. Kalau dulu sekolah menggunakan Report Card dan hanya boleh dilihat pada masa yang t

Si Pink dah Okey :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Syukur alhamdulillah. Si Pink dah ok. Baru lah best nak berblog kan.  Mujurlah ada kawan suami yang baik hati Bob tolong check si pink ni. Terima kasih banyak-banyak bob. Puncanya RAM dah rosak. Lega.. Selepas ini nak upgrade RAM sahaja. Sebab si pink dah jadi slow. Terima kasih kawan-kawan sudi tinggalkan jejak di sini. Nanti slowly jejak bila blogwalking ya.

Suka baca buku tak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Beli buku setiap bulan? Ada orang kata rugi beli buku ni.Tak ada faedahnya.Bukan boleh kaya pun. Itu pendapat orang lain.Bagi aku setiap bulan aku akan menghabiskan minimum sebanyak RM50.00 untuk membeli buku. Sekurang-kurangnya kita tahu ke mana duit gaji kita disalurkan. Itu pendapat aku.Setiap orang ada pendapatnya sendiri.  Hari ini aina minta aku belikan buku komik untuknya. Dah lama sangat dia minta. Disebabkan final exam dah selesai,oleh itu hari ini dapatlah buku komik yang diidam-idamnya.Selepas aku pun puas hati ayat dan bahasa komik tersebut adalah ayat standard Bahasa Melayu dan sesuai dibaca olehnya. Tunjuk contoh minat membaca Memang susah sebenarnya untuk kita sebagai ibubapa untuk memupuk minat membaca dikalangan anak kita.Kalau tak bermula dari kita siapa lagi. Didikan bermula dari kita juga. Sebelum kita suruh anak kita membaca, kita mesti tunjuk contoh yang kita juga minat membaca. Mungkin disebabkan aku juga memang m

Si Pink meragam

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 2 minggu tak update blog guna lappy , entah camne malam semalam dok asyik layan blog, tetiba skrin lappy  dah jadi hura hara dan jadi kucar kacir. Sumber: google Eh..eh kenapa ni? Alamak..nak buat camne ni.Sedihnya.. Ke sebabnya lama tak format ; Power ada tapi skrin gelap ; Bunyi kipas kuat ; Ke motherboard dah rosak ? Jangkitan virus ? Ke kepanasan yang melampau .. Hari ini memang kebetulan aku bekerja di hari ahad dan rakan sekerja pun berkerja hari ini, apa lagi minta tolong dia check lappy ku sebab apa puncanya.Kemungkinan katanya motherboard rosak.. Lappy Sony Vaio Pink ni hampir 3 tahun setengah aku guna.. Sayangnya.. Buat masa ini terpaksa update blog dan blogwalking guna pc office bila time tak sibuk. Ataupun blogwalking guna smartphone comel ku..