Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hari Kemerdekaan Malaysia

MERDEKA 2016 #SEHATI SEJIWA

Alhamdulillah..Syukur 59 tahun negara kita merdeka.Semoga negara kita terus aman harmoni dan sejahtera serta sentiasa dilindungi oleh Allah SWT ..Semoga kita terus bersatu hati dan bersatu padu dalam apa jua masalah yang mendatang. TEMA HARI KEMERDEKAAN  MALAYSIA 2016 Pada tahun ini SEHATI SEJIWA telah dipilih sebagai tema hari kemerdekaan yang melambangkan semangat perpaduan, kesefahaman,kekitaan dan kemanusiaan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah sentiasa mensyukuri dengan keamanan yang kita kecapi dan miliki sekarang ini dan teruslah bersatu padu.Jauhilah diri kita dari sikap negatif ,buruk sangka dan iri hati. Jagalah tatasusila dan pertuturan kita di mana saja dan bebaslah minda kita daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang boleh memecahkan perpaduan antara kaum. Akhir sekali ..Sekali Merdeka , Selamanya kita Merdeka. MERDEKALAH MALAYSIA.

Salam Merdeka dari chenachenis

"Malaysia,Di sini lahirnya sebuah cinta" Merdeka ke-57 Klik  Sini  untuk aktiviti atau acara di peringkat Kebangsaan sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-57.

Yuna-Langit #FlyingHigh

Lagu Langit nyanyian Yuna ini merupakan ciptaan bersama Yuna dan AG COCO untuk filem pendek bertajuk Terbang,a Malaysian story. Arahan Linus Chung dan Mohd Hisham yang membawa mesej 'Terus Cekal dan Terbang Tinggi di Langit'. Filem ini dibawakan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Bila dengar lagu ini rasa sedih dan sayu..Semoga Allah merahmati mangsa MH17 dan MH370..dan MAS akan terus cekal dan terbang tinggi.. #Staystrong#flyingHigh I can see the sky The birds are flying Clouds are moving by  My heart is flying The moon will be my witness tonight and my dreams are see myself fly Terbang Terbang tinggi Walau tanah dikaki Kan ku cari langit Terbang  Terbang tinggi awan Biru menanti Bersama Pelangi Always thought that I Could be your my own But you made me feel alive And I don't feel alone The moon will be my witness tonight Cause in my dreams you and I we're bot...

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia ke 57

"MALAYSIA, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta" telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia  2014 ke 57. Tema ini dipetik daripada lirik lagu "Warisan'' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Tema ini dipilih untuk memyemarakkan rasa cinta dalam diri setiap rakyat Malaysia. Dengan rasa cinta ini akan mewujudkan masyarakat yang cintakan negara,sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan,kesejahteraan dan kemakmuran negara.