MERDEKA 2016 #SEHATI SEJIWA

Alhamdulillah..Syukur 59 tahun negara kita merdeka.Semoga negara kita terus aman harmoni dan sejahtera serta sentiasa dilindungi oleh Allah SWT..Semoga kita terus bersatu hati dan bersatu padu dalam apa jua masalah yang mendatang.

TEMA HARI KEMERDEKAAN  MALAYSIA 2016

Pada tahun ini SEHATI SEJIWA telah dipilih sebagai tema hari kemerdekaan yang melambangkan semangat perpaduan, kesefahaman,kekitaan dan kemanusiaan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.

Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah sentiasa mensyukuri dengan keamanan yang kita kecapi dan miliki sekarang ini dan teruslah bersatu padu.Jauhilah diri kita dari sikap negatif ,buruk sangka dan iri hati. Jagalah tatasusila dan pertuturan kita di mana saja dan bebaslah minda kita daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang boleh memecahkan perpaduan antara kaum.

Akhir sekali ..Sekali Merdeka , Selamanya kita Merdeka.

MERDEKALAH MALAYSIA.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KRAFTANGAN DARIPADA BATANG AISKRIM

Bila Hati Tersentap !!!

DIY BOTOL PLASTIK