Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Busy ke aku ni ?

Busy nya..Sampaikan blog ini terbiar beberapa hari tanpa entri.Sepi seketika.Next week bercuti dan balik Terengganu sempena cuti sekolah.Makanya blog ini pun bercuti sama. Minggu yang memenatkan bagi AB, banyak tugasan perlu diselesaikan sebelum bercuti..Yeaaay..Happy nya Aina dan Anis,cuti sekolah balik kampung papanya..Orang ada kampung lah katakan. 9.3.2015 Isnin beberapa hari yang lepas, menghantar bonda tercinta membuat rawatan fisioterapi di Hospital Serdang. Alhamdulillah ada peningkatan yang membanggakan buat bonda.Hari yang sama kami berdua membeli tongkat untuk bonda. Daripada berkerusi roda,walker dan sekarang tongkat berkaki 4. Semoga bonda boleh berjalan seperti biasa tanpa menggunakan tongkat lagi. Bonda sebak,"Doakan mak boleh jalan macam biasa ye,"kata bonda. Alahai bondaku,nak menitik air mataku. Oh ye..AB dan pun menghantar Form Defect atau borang kecacatan untuk rumah baru AB dan serahkan kepada pemaju dan akan dilakukan dalam masa 2 minggu. Ce

Selamat Hari Wanita Sedunia 2015

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2015 buat semua wanita di dunia. Sesungguhnya kita bertuah dilahirkan seorang wanita kerana wanita itu istimewa dan penyeri kehidupan.  Tanpa wanita sunyilah dunia. Moga kita menjadi seorang isteri,ibu dan anak yang solehah,di sayangi dan dihormati.

MENANG GIVEAWAY VINTAGE BOOK MARKER

Alhamdulillah menang giveaway anjuran blogger  sallysamsaiman . Hadiah  vintage book marker  telah pun AB terima semalam.  Terima kasih Sally. Suka sangat dapat hadiah ini. Love it.

CPUV Nuffnang : Matrade Brand Awareness,9 Seputeh CNY Video Media,British Council Education

Minggu ini sahaja blog  chenachenis  dapat 3 CPUV daripada Nuffnang. MATRADE Brand Awareness 9 Seputeh CNY Video Media British Council (Education) Terima kasih Nuffnang. Terima kasih penaja. Terima kasih pembaca.

DAH DAPAT KUNCI RUMAH

Akhirnya...kunci yang dinantikan telah pun kami terima semalam. Weeeee. Penantian selama 2 tahun 1/2 bulan yang begitu lama bagi AB.Namun segala urusan berjalan dengan lancar semalam semasa penyerahan kunci. Alhamdulillah ganti rugi kelewatan menyiapkan rumah pun telah diberikan oleh pemaju dan Sijil layak menduduki rumah pun telah di terima .Oleh itu  tidak perlu risau lagi.  Dah dapat kunci ni..of coz lah kita mesti tengok rumah dan kesan segala kecacatan (defect) yang ada. Bermula dari pagar rumah hinggalah ke belakang rumah. Ini termasuk keretakan pada dinding, jubin, air ,elektrik,bumbung,atap,tangki air, toilet dan lain-lain. Segalanya mesti dicatat dan buat salinan defect untuk simpanan sebelum menyerahkan aduan kepada pemaju. InsyaAllah di lain entri AB akan kongsikan dengan lebih detail apa yang perlu dilakukan selepas menerima kunci daripada pemaju. Artikel berkaitan: Pengalaman beli rumah dari Developer Surat Serahan Milikan Kosong

Kek hari lahir buat Aina

Sepatutnya majlis hari lahir aina yang ke 8 tahun diadakan pada 28.2.2015 dan jatuh pada hari sabtu, AB dan suami sepakat untuk menyambutnya bersama ahli keluarga lain pada hari Ahad 1.3.2015 selepas  Majlis Cukur Jambul Firdaus  selesai.  Rezeki yang ada kita kongsi bersama. Kek aina diimport terus dari Secret Recipe. Maka dapatlah sepupu aina yang lain merasai kek hari lahir aina.  8 tahunlah... Anis tunggu je kakak potong kek.. Lambat sangatlah kakak..kita potong sama-samalah kek ni.. Buat Aina sayanggg.. Mama sentiasa doakan kesejahteraan,kebahagiaan,kesihatan yang baik,kekayaan, sentiasa dimurahkan rezeki dan cemerlang di dunia dan akhirat.  Love u till Jannah.

Majlis cukur jambul buat Firdaus

1.3.2015 di rumah ibu bapa AB telah diadakan majlis cukur jambul buat Muhammad Firdaus.Sepupu baru aina dan anis yang berumur 2 bulan iaitu anak kepada kakak dan abang ipar AB.Alhamdulillah Allah mengurniakan mereka zuriat setelah hampir 7 tahun berkahwin. Majlis ini buat simple sahaja, panggil pun tak ramai hanya jiran terdekat dan saudara mara. Bukan main seronok lagi aina dan anis ,semua sepupu ada pada hari itu. Dalam majlis itu seorang pun tak ambil gambar menu untuk kenang-kenangan. Sedehnya..Tak tahulah macam mana boleh terlupa. Mungkin masing-masing dah busy buat preparation terakhir pada majlis tersebut. Semua menu makanan catering sendiri.Ye...No tempah-tempah.Boleh bajet sendiri. Jimat kan.Kiranya bergotong-royong. Menu-menu Nasi Minyak ( Marzuki & the geng (en.suami & Azami) Kari Ayam (  Marzuki & the geng (en.suami & Azami) Sayur tumis (Marzuki & en.suami) Sambal Ayam ( Einasz aka Ichu) Gulai Pisang & ikan kering( Along aka Mu

Kereta chenachenis

Bila Televisyen Tiada Di Rumah..Apa Nak Buat?

Assalamualaikum pembaca semua.. Hampir 2 bulan juga televisyen di rumah AB rosak dan masih belum dibaiki lagi. Bila ditanya di kedai baiki elektrik kos yang dikenakan cecah RM700.00.Itu baru tanya sahaja. Berbaloikah? Lebih baik beli Televisyen baru. Aktiviti Riadah Sejak Televisyen rosak, banyak aktiviti riadah kami lakukan bersama. Tiada lagi rungutan daripada aina dan anis di hujung minggu "Bosanlah tiada TV, tak dapatlah tengok rancangan kartun hari ini". Oleh itu setiap petang di hujung minggu kami akan bermain badminton ataupun pergi ke taman permainan untuk beriadah. Kalau tidak, hujung minggu banyak dihabiskan menonton TV terutama rancangan kartun. Tidur lagi awal Sebelum ini AB akan pastikan mereka berdua masuk tidur sebelum jam 10.00 mlm. Sekarang mereka berdua akan masuk tidur lebih awal, paling awal 9.00 mlm selepas menyiapkan semua kerja-kerja sekolah dan mengemas buku. Bila keadaan ini berlaku, AB dapati aina dan anis lebih mudah bangun dan ceria

Tiada lagi Monday Blues

Assalamualaikum dan salam penuh senyuman di hari Isnin ceria.. Ada kawan pernah mengatakan bahawa "I'm easily confused on a Monday Morning". Bagi AB orang yang bekerja ofis  memang akan mengalami "Monday Blues" iaitu sindrom liat nak pergi kerja dan tiada mood di pagi hari isnin setelah berehat panjang di hujung minggu.Buat kerja-kerja ofis pun serba tak kena. Sebenarnya jangan dilayan sangat sindrom ini.Nanti jadi satu habit pula.Asal hari Isnin je Morning Blues.  Sebelum memulakan hari anda breakfast dulu ye.. Minumlah secawan kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk.