Posts

Showing posts from March 24, 2014

Bila Hati Tersentap !!!

Image
Apahal pulak nak tersentap-sentap ni.Sikit-sikit nak tersentap. 
Kau ni macam bagus je..Kalau kau cakap lagi aku left..Begitulah ayatnya orang yang menyentap dan tersentap...


SENTAP..Apa maksud sentap? Mengikut Definisi Dewan Bahasa dan Pustaka Sentap ialah menarik dengan kuat.
Bagi azlea sentap atau tersentap apabila kita rasa sakit hati, terasa dengan sindiran, nak marah tak tentu pasal ataupun terkejut dengan kenyataan seseorang.
Orang yang kuat sentap ini terlalu emosi, sensitif dan tidak boleh menerima teguran walaupun teguran itu sekadar gurauan, terlalu mengikut perasaan dan kuat merajuk. 
Macam mana nak berhadapan dengan orang yang kuat sentap ni ye? Bagi azlea, tak perlu dipujuk-pujuk. Biarkan saja, jangan dilayan.Nanti kita pula yang sakit hati. Kalau emosinya stabil dan fikirannya tenang, dia akan kembali seperti biasa.


Bagi yang kategori kuat sentap janganlah terlalu emosi, berfikiran negatif dan mengikut perasaan. Ada masanya kita boleh merajuk, tapi relevan kah kita merajuk?. …