Apahal pulak nak tersentap-sentap ni.Sikit-sikit nak tersentap.
Kau ni macam bagus je..Kalau kau cakap lagi aku left..Begitulah ayatnya orang yang menyentap dan tersentap...
SENTAP..Apa maksud sentap? Mengikut Definisi Dewan Bahasa dan Pustaka Sentap ialah menarik dengan kuat.
Bagi azlea sentap atau tersentap apabila kita rasa sakit hati, terasa dengan sindiran, nak marah tak tentu pasal ataupun terkejut dengan kenyataan seseorang.
Orang yang kuat sentap ini terlalu emosi, sensitif dan tidak boleh menerima teguran walaupun teguran itu sekadar gurauan, terlalu mengikut perasaan dan kuat merajuk.
Macam mana nak berhadapan dengan orang yang kuat sentap ni ye? Bagi azlea, tak perlu dipujuk-pujuk. Biarkan saja, jangan dilayan.Nanti kita pula yang sakit hati. Kalau emosinya stabil dan fikirannya tenang, dia akan kembali seperti biasa.
Bagi yang kategori kuat sentap janganlah terlalu emosi, berfikiran negatif dan mengikut perasaan. Ada masanya kita boleh merajuk, tapi relevan kah kita merajuk?. Dan pada yang suka menyentap orang fikir-fikirlah dulu sebelum membuat kenyataan..
Hati orang memang kita tak boleh nak jangka dan yang penting kita hendaklah menjaga hati sesama manusia dan orang sekeliling kita demi menjaga hubungan kita dengan Allah.
Susah nak kata, kadangkala bukan tersentap tapi pandangan orang lain pula. Asalkan ianya tidak sampai mendatang dosa sesama manusia sudahlah... Ya..menjaga hubungan dgn Allah swt itu lebih penting.
ReplyDeletesusah nk cakap orang yg kuat sentap ni.. kalau nk sentap, buat cara yg aflin shauki ajar tu.. tangan didada, mata keatas. hehehe
ReplyDeletesusah nk cite pasal sentap menyentap ni..hihi..kdg2 tersentap diluar kawalan perasaan...heee...
ReplyDeleteorg yg cpt sentap nie mmg jenis sentitif..
ReplyDeletepernah juga tersentap.. dari sudut positifnya kita akan tahu bahawa apa yang kita buat tak semuanya orang suka.. mungkin itu salah satu cara bermuhasabah dan memperbaiki diri juga..
ReplyDelete