Amboi-amboi ke main anis menggayakan shawl barunya.Sukalah dia bila papanya belikan tudung shawl untuknya.Aina mula-mula tak nak, pas tu beria-ia nak tudung purple. Bergaya sakanlah anis dan aina nanti ye.. Sekarang ini pun kanak-kanak pun boleh bergaya macam orang dewasa.Jangan tak tahu kan.Mak bergaya, anak pun sama bergaya. Bercerita pasal fesyen tudung d Malaysia, sekarang ini fesyen tudung sudah mengalami revolusi dan ianya lebih komersial . Macam-macam stail tudung sekarang dan banyak kedai tudung online tumbuh bak cendawan. Harganya pula tentulah berbeza mengikut kualiti dan jenis kain yang digunakan. Jangan susah hati tutorial cara nak menggayakan tudung pun banyak di internet.Tapi bagi aku keselesaan dan mudah dipakai amat penting selain mengikut trend masa kini . Kalau kita perhatikan, fesyen tudung di Malaysia sekarang mengikut musim. Aku ingat lagi ada satu masanya Tudung Bawal mendapat tempat di hati, kemudian apabila Tudung Sarung ...