Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Dah buka akaun...

Alhamdulillah akhirnya selesai juga urusan untuk membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk Anis yang dah lama tertangguh ni.Masa tu kami jalan-jalan ke One Utama, ternampak pula booth PTPTN, jadi apalagi terus isi form, photostat IC di situ, hanya borang untuk pemotongan kebenaran gaji sahaja, en.abang kena dapatkan pengesahan daripada majikan. Pendaftaran hanya serendah RM20.00 sahaja. Untuk Aina, kami dah lama buka SSPN, Anis sahaja belum..Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami hari itu.. Apa yang menarik tentang SSPN ni? SSPN merupakan satu instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Ianya adalah berlandaskan syariah yang menggunakan konsep ' Wakalah Bil Istithmar'. Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN Deposit bulanan serendah RM20.00 sahaja Pelepasan taksiran cukai ke aras simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 setahun Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpana

Mulakan dengan Dirimu

Renungan untuk diriku dan semua, marilah kita berubah untuk kebaikan diri sendiri.Mulakanlah dengan perubahan yang positif  dan lakukan dengan sepenuh hati demi Allah dan untuk diri kita sendiri.. Pepatah arab ada mengatakan,berani mengejek itu mudah, berani berhujah itu mudah tetapi tidak ramai orang yang berani melihat kekurangan diri sendiri.Inilah kunci orang yang berjaya.. ~Azlea~

Tahun Baru Datang Lagi

Tahun baru datang lagi.Setiap kali menjelang tahun baru, mesti soalan wajib yang akan di tanya kepada kita "Apa Azam Tahun Baru? ". Betul tak?Trend pasang azam setiap kali masuk tahun baru, adalah satu trend yang positif.Azam itu perlu ada setiap hari, jadi kita kena tanamkan azam kita dan bersemangat dalam melaksanakannya. Azam adalah kayu pengukur untuk menguji kemampuan kita samada kita mampu atau tidak melaksanakan impian kita. Ada juga yang berazam, tapi disudahi dengan kegagalan. Di mana silapnya? Walaupun perancangan rapi telah dilakukan.Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Sebagai seorang insan, kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan maju ke hadapan dalam apa jua perkara yang baik. Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah dalam memperbaiki diri dan amalan kita dalam kehidupan. Bagi diriku, azamku setiap hari ingin menjadi hamba Allah SWT yang terbaik, mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang di masa hadapan,bersemangat, berfikiran pos

Wordless Wednesday #2

 Nak pergi kerja senang..

Fakta Menarik Tentang Negara Jepun

Di Jepun diajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakan "Jalan kearah Akhlak" di mana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang. Tidak ada kegagalan pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation). Walaupun Jepun salah satu negara terkaya di dunia, Mereka tidak mempunyai orang gaji,ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka.Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah disterilkan dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali selepas makan bagi megekalkan kesihatan pada usia muda. Pengetua Sekolah akan mema

WW:Fikir yang baik

Frozen memang best..

Assalamualaikum...semoga sihat dan ceria selalu..kalau musim cuti sekolah aktiviti kami mesti bawa Aina dan Anis menonton wayang. Seperti biasa, kami berempat akan ke GSC 1 Utama..Dapatlah tiket menonton filem animasi dari Disney FROZEN.. Memang seronok menonton filem ini. Filem ini padat dengan komedi yang menghiburkan, pengembaraan dan muzikal. Terdapat pelbagai elemen perasaan seperti kegembiraan, kesedihan, kasih sayang, percaya mempercayai, kesabaran dan lawak. Filem ini mengisahkan pengembaraan Puteri Anna bersama Kristoff dan seekor rusa 'Sven' untuk mencari kakaknya, Puteri Elsa yang memiliki kuasa sihir. Kuasa sihir kakaknya telah mengubah seluruh negara Arrendell, kepada musim sejuk. Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh mereka berdua dan kehadiran watak  'Olaf' ciptaan kakaknya memang melucukan.. Puteri Elsa dan Puteri Anna Watak Olaf dan Sven Tiket wayang untuk 4 orang..hehehe Lagu "Let It Go" Memang seronok

Bertemu Geng Suka Makan Durian

Geng suka makan durian..jom layan gambar-gambar ini... Kawan yang lama dah tak berjumpa  (berpisah 24 tahun) dan bertemu kembali . Junaidin,Nasri ,Shahrul Nizam Shahnor dan Mazlina (tiada dalam gambar-tuan rumah) Makan nasi ayam dulu.Doktor Mazlina masak.. Aku dan En. Husband..malu-malulah pula.. Sesi makan durian.. Orang yang di sebelah tu makan je ke..tak nak tolong.. Bersungguh nampaknya Nasri... Haa tu dia.. fresh .. sedap.. Kekenyangan.. Suka makan durian tak? Ada yang suka makan durian, tapi tak suka makan tempoyak.. Ada yang tak boleh bau durian langsung..busuk katanya.. Ada pula yang tak suka durian, tapi suka tempoyak..pelik juga.. Ada pula yang tak suka dua-dua (durian dan tempoyak) tapi boleh bau.. Yang ni pula tak suka durian, tempoyak dan baunya... Tak kisahlah yang mana, tapi yang penting aku suka makan durian dan tempoyak dan En. suami suka durian tapi tak suka tempoyak. You olls macam mana? ~Azlea~

Sahabat untuk Selamanya

Dalam ramai-ramai kawan kita mesti ada yang perangai tah apa-apa.Tapi yang tah apa-apa tu lah ikhlas dalam persahabatan, memahami dan baik. Itulah penyeri persahabatan. Bagiku sahabat amat penting dalam resepi kehidupan.Tanpa sahabat diri terasa di sisihkan dan dipinggirkan. Sahabatlah tempat kita meluahkan perasaan kegembiraan,kekecewaan dan ketakutan. Sahabat baik sukar di cari.Sahabat baik tidak akan menceritakan keburukan dan kelemahan kepada orang lain.  Sahabat baik akan menegur dan membantu sahabatnya membaiki kepincangan pada diri sahabatnya.  Sebaik-baik sahabat adalah yang dapat membantu kita ke syurga bukan ke neraka.  Sahabat.. inginku luahkan Sepi bukan beerti Hilang...Diam bukan beerti Lupa..Jauh bukan beerti Putus..kerana ada satu ikatan yang tidak mungkin Putus iaitu  ~PERSAHABATAN~ Sahabat Sejati "Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik t

AINA DAN BOLA JARING (PART 3)

Berakhir sudah Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan 2013 di UiTM Cawangan Merbok , Kedah pada 7-9 November 2013 yang lalu .Masih lagi terasa kemeriahan..Tahniah buat pasukan bola jaring Kemas Selangor kerana berjaya mendapat tempat ke 3.Alhamdulillah..juara keseluruhan berpihak kepada Selangor. Jom kita layan gambar yang diambil sepanjang Aina berkampung selama 3 hari 2 malam di Kedah.. Aina  Anak manis semua...1 2 3 klik berebut nak tangkap bola... Apalah yang diperkatakan oleh cikgu Aishah tu... First game  8/11/2013 Selangor vs Wilayah (10-8) Separuh Akhir 9/11/2013- Selangor Vs Negeri Sembilan (7-9) Bergambar lagi walaupun dapat tempat ke 3. 9/11/2013 (Selangor vs Johor) Biasalah adat pertandingan ada yang menang dan kalah.. Hai.. pandang apa kat bawah tu ..Aina n Yasmin.. Mira buat ape tu?? Gembiranya lepas ni tak ada game - Bella,Ina,Nada. Ehh..mana Nely,Dayang dan Mardiah dan Damia..opss tak  ade dalam gambar..  Yeaaa dapat Sijil,Medal,b

Hari terakhir di Tabika Kemas

Mengimbas kembali 2 tahun yang lepas, anak yang didukung di hadapan kelas dan menangis itulah membawa namanya dan cikgunya ke peringkat kebangsaan 2013.Sebak rasanya bila mendengar ucapan cikgu Ana "inilah kali pertama terpilih ke peringkat kebangsaan".Bukan senang tanpa komitmen yang tinggi.Tahniah buat Aina . 13 November 2013 telah diadakan majlis akhir tahun Tabika Kemas 1 Ulu Yam Baharu, majlis kejayaan pasukan bola jaring terutama Aina yang telah terpilih ke peringkat kebangsaan pada hari Potensi Kemas Kebangsaan 2013 (7-9 November 2013) lalu  dan majlis hari lahir juga..Seronok sangat Aina dan kawan-kawan lain semuanya dapat hadiah dari Cikgu Ana. Hari terakhir Aina di Tabika... Persembahan Aina n friends dihadapan parents. Aina tiada dalam persembahan pada hari graduasi 7 Nov 2013 yg lalu. Tapi masih lagi ingat step2 yang diajar oleh Cikgu Ana.. Nanti jangan lupa bawa bekal tau pergi sekolah.. Ehh siapa tu yang beri hadiah..En suami jadi bidan

Salam Maal Hijrah 1435H

Salam Maal Hijrah 1435H  Semoga hijrah kali ini menjadikan kita Muslim yang cemerlang di dunia dan di akhirat.Hijrahkan diri kita kepada kebaikan, semoga beroleh keberkatan dan kebahagian daripada Allah SWT...

Hadiah yang lebih baik

Secara realitinya, sebahagian daripada kita tidak bertemu dengan jodoh dengan cinta pertama kita.Kita juga mungkin tidak bertemu jodoh dengan orang yang minat dengan kita.Tetapi..mungkin akhirnya kita bertemu jodoh dengan seseorang yang tidak kita sangka. Apa yang penting, bukanlah pertama ataupun orang yang kita suka, yang penting adalah orang yang sesuai dan baik untuk kita. gambar google Izinkan Azlea berkongsi kata-kata hikmah ini yang amat menyentuh hati ketika membacanya: Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi penilai yang baik. Memang sengaja Allah menemukan kita dengan orang salah supaya kita sedar yang kita hanya makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik,khas untuk diri kita. Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana meng

Buah Kiwi kegemaran Aina

Aina suka makan buah kiwi.Kalau boleh dia nak habiskan buah kiwi tu hari tu juga.Sedap katanya.Memang pun sedap.Harganya boleh tahan juga.Expecially buah kiwi 'Gold'.So, kena beli buah kiwi 'Green' untuk aina sebab nak topup balik dalam fridge.Sebab hari tu aina dah kira,buah kiwi yang balance 2 simpan untuknya.Tapi entah cammane aku dah makan sebiji semalam... Fakta yang ingin dikongsi keistimewaan makan buah kiwi: Mestilah baik untuk kesihatan sebab ada banyak kandungan nutrisi dan sesuai untuk diet sihat. Makan 2 biji sehari dah cukup untuk kandungan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Dah tentu sedap walaupun ada rasa masam-masam. 2 kali ganda jumlah Vitamin C berbanding buah Oren. Sesuai untuk Ibu yang hamil tau. Sebab ia mengandungi Asid Folik untuk perkembangan otak bayi. Mengandungi potassium yang sama dengan pisang. Ada anti-aging. Mengandungi serat, Vitamin E (jantung dan antioksidan). Dapat mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan

Gelagat chenachenis

Seronoknya Aina & Anis (chenachenis) bila dapat ke office last week.Sanggup bangun awal ...semuanya baik, cakap tak nak kacau mama, tak nak buat bisinglah..sekejap je..pas tu diorang berdua ni buat bising,ketawalah,berguraulah..yang bestnya lama lagi ke mama? Ha kan dah cakap..bosanlah tu..Aktiviti anis dan aina... Gunting menggunting kertas bersantai konon,siap bawa bantal tu.. Nanti nak datang lagilah office mama.Boleh tak mama?..Boleh..seronok pula diaorang.Mana taknya.Atas office.Turun bawah,shopping complex..hehehe.. Salam Sayang ~Azlea~

Rahsia Senyuman

Assalamualaikum buat rakan pembaca semua..Alangkah ruginya kalau kita terlepas  12 rahsia di sebalik senyuman.Tak percaya? Jom baca fakta ini: Dalam ajaran Islam,senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah.Sabda Rasulullah SAW."Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah,beramal makruf yang kalian lakukakan untuk   saudaranya juga sedekah,dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah."(HR Tirmizi dan Abu Dzar). Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabaitkan diafragma,abdomen,sistem pernafasan,muka,kaki dan otot belakang. Senyuman bukan sekadar reaksi terhadap sesuatu,malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorfin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri. Apabila kita senyum,sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon protein melawan penyakit),sel T (yang penting untu

Hibanya hatiku..

Hibanya hatiku meninggalkan anak kecil berumur 6 tahun di hostel bersama Fatin.Lagi hiba,kakak oklah mama,Cikgu Fatin ada.Lega Fatin ade,next week cikgu lain yang temankan aina.Semalam adalah hari pertama aina menjalankan latihan netball bersama rakan pasukan 'Selangor' yang lain. Jadual latihan aina padat.Setiap minggu aina akan berlatih di Klang dan ditemani guru pengiringnya.Al-Hamdulillah aina cepat mesra dengan rakannya dan agar aina dapat belajar membina dan meningkatkan keyakinan dirinya. Sesi beramah mesra dengan Cik Aisyah (Pemain Bola Jaring Selangor) Berbual-bual manja dengan Fatin Jadual latihan sepanjang Oktober  Semoga Team Bola Jaring Selangor menjuarai pertandingan buat kali ke 3 di Hari Potensi Tabika Kemas Kebangsaan 2013 di Uitm Merbok Kedah pada 8-9 Nov ini. Salam Sayang ~Azlea~

AINA DAN BOLA JARING (PART 2)

27 Sept 2013 (Jumaat) Tengah sebok menyiapkan kerja-kerja ofis,telefon berbunyi.  Aku : Assalamualaikum, Cikgu Ana. Cikgu Ana : Waalaikumussalam, esok bawa Aina ke Shah Alam tau untuk selection ke peringkat kebangsaan pula. Aku : Aina terpilih ye cikgu. Cikgu Ana: Haah ye.mesti ade kat sekolah Men Berprestasi Tinggi Shah Alam sebelum kul 8.30am tau.esok saya ade kat sane. Aku: InsyaAllah cikgu. Malam tu tanyalah pada Aina:  Aku : Esok kakak kena main bola jaring tau.Kakak nak tak?Tapi Eli,Iqa,Auni tak main tau..kakak main dengan kawan baru tau. Aina: Nak,kakak suka main bola jaringlah mama. 28 Sept 2013 (Sabtu) Seperti yang dijanjikan kitaorang sampai kul 8.00am. Oh ye futsal pun ade buat pemilihan di sana.Seramai 25 orang kanak yang terpilih daripada 25,000 orang.Bangganya dan Aina satu-satunya peserta dari Daerah Hulu Selangor. Yang lain daripada Sepang,Petaling,Klang.Aina kena main 4 game.10 orang saje yang akan terpilih. Alhamdulillah Aina terpilih mewakili bol

Murah rezeki

Assalamualaikum semua.  Selamat beramal dan semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki. ♥ Salam sayang  ♥ ~Azlealee~